Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Goddess of Victory: Nikke – Update Summer Season Tawarkan Pelbagai Kandungan Baharu & Acara Global

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 11, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG, Shooter
0 0
0
Goddess of Victory: Nikke – Update Summer Season Tawarkan Pelbagai Kandungan Baharu & Acara Global
Share on FacebookShare on Twitter

Level Infinite telah mendedahkan update Summer Season untuk Goddess of Victory: Nikke, menampilkan pelbagai kandungan baharu dalam game serta acara dunia sebenar.

Pengumuman ini dibuat menerusi siaran langsung khas yang memperkenalkan jalan cerita baharu, watak-watak terkini, kostum musim panas yang penuh warna-warni dan banyak lagi, termasuk pelbagai aktiviti global yang menghidupkan dunia NIKKE.

Pengembaraan Misteri dengan Acara Musim Panas

Bermula 17 Julai, update ini akan memperkenalkan acara cerita BOOM! THE GHOST! yang berlangsung di atas sebuah kapal persiaran terbengkalai di Surface. Apa yang pada mulanya nampak seperti siasatan biasa, bertukar menjadi pengalaman paranormal.

Pemain perlu membina peralatan khas untuk memburu hantu dan merungkai misteri kapal tersebut. Antara kandungan menarik dalam kemas kini ini termasuk:

  • Watak Baharu:
    • SSR Dorothy: Serendipity
    • SSR Elegg: Boom and Shock

【Limited Pick Up Recruitment Notice】#NIKKEsummerlive2025 #NIKKEsummer2025

A Nikke heads for the ocean to search for another paradise – 「Dorothy: Serendipity」is coming soon~ 🎉

Stay tuned!

📅 Pick Up Period
Start: After 7/17 Version Update
End: Will be announced soon~… pic.twitter.com/10DlgvQbXI

— GODDESS OF VICTORY: NIKKE (@NIKKE_en) July 10, 2025

【Pick Up Recruitment Notice】#NIKKEsummerlive2025 #NIKKEsummer2025

A Nikke together with her BOOMbastic swimsuit – 「Elegg: Boom and Shock」is coming soon~

Stay tuned!

📅 Pick Up Period
Start: 7/24 5:00 (UTC+9)
End: Will be announced soon~#NIKKELivestream #NIKKE… pic.twitter.com/CBYRotG2Sk

— GODDESS OF VICTORY: NIKKE (@NIKKE_en) July 10, 2025
  • Kostum Baju Renang: Tiga kostum baharu bertema musim panas diperkenalkan, bersama empat lagi kostum pilihan peminat dari acara-acara terdahulu – semuanya sesuai untuk suasana ceria musim panas.
  • Cabaran Baharu: Pemain boleh menguji kemahiran mereka dengan boss battle baharu dan pelbagai minigame yang menyeronokkan.

Acara Dunia Sebenar Meriahkan Dunia NIKKE

Di luar dunia maya, Goddess of Victory: Nikke turut menganjurkan acara global yang menghubungkan komuniti peminat secara langsung:

  • Konsert Melodies of Victory Orchestral: Konsert orkestra pertama NIKKE akan distrim secara percuma untuk tempoh terhad di saluran YouTube rasmi NIKKE.
  • Doro Family Summer Tour: Bermula 18 hingga 25 Julai, Doro Family akan menjelajah ke New York, Osaka, Seoul, Taipei, dan Bangkok. Lawatan ini akan bermula di New York dengan pemasangan kapal persiaran Doro setinggi 10 meter di Sungai Hudson pada 18 dan 19 Julai.
    • Misi Thailand
      • Pada 13 Julai, peminat di Bangkok boleh mengambil bahagian dalam acara di Siam Square Walking Street. Ambil gambar bersama Doro Family untuk menyertai misi yang akan berlangsung sehingga 20 Julai, dengan ganjaran eksklusif untuk dimenangi. Di Samyan Mitr Town Hall (Tingkat 5), pameran Giant Doro Family dan pelbagai aktiviti bertemakan musim panas turut disediakan, termasuk hadiah istimewa di Maruya #43.
  • Penyertaan di Anime NYC: Dari 21 hingga 24 Ogos, NIKKE akan hadir di acara Anime NYC di Javits Center, New York, dengan reruai khas yang menampilkan barangan eksklusif dan aktiviti bersama peminat.

Goddess of Victory: Nikke kini boleh dimuat turun di iOS App Store, Google Play dan PC Windows; untuk maklumat lanjut tentang update Summer Season, layari nikke-en.com.

Tags: Goddess of Victory: NIKKE
ShareTweetSend
Previous Post

Resident Evil Survival Unit Bakal Keluar Tahun Ini, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka

Next Post

Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Diumumkan — Tiga Game Ikonik Dalam Satu Pakej!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Diumumkan — Tiga Game Ikonik Dalam Satu Pakej!

Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Diumumkan — Tiga Game Ikonik Dalam Satu Pakej!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd