NetEase Games bersama Codemasters telah melancarkan “Authentic Racer Season” untuk Racing Master, sebuah game lumba mobile percuma yang kini boleh dimainkan di iOS, Android, dan PC melalui emulator.
Dilancarkan pada 9 Julai, musim terbaru ini memperkenalkan kereta edisi terhad, cabaran bersama selebriti, dan kejohanan rentas rantau… semuanya untuk menjadikan Racing Master antara pengalaman lumba mobile paling mengujakan ketika ini.
Kereta-Kereta Legenda Kini Di Litar
Dari 9 hingga 29 Julai, Authentic Racer Season menampilkan tiga model ikonik yang boleh dimiliki dan dikuasai oleh para pemain:
- Pagani Huayra BC ’17 (Extreme Group): Digelar “God Car”, hanya 20 unit dihasilkan di dunia, dan ia menampilkan kehebatan aerodinamik serta kelajuan luar biasa.
- NISSAN Skyline GT-R (R32) ’89 (Standard Group): Legenda JDM dari era 90-an yang kembali mempesona dengan warisan yang gah.
- McLaren 570S Coupe ’16 (Sports Group): Gabungan kuasa dan gaya, menawarkan pengendalian tepat dengan rekaan agresif.
Cabaran Masa Bersama Selebriti Profesional

Dari 10 hingga 31 Julai, Star Lap Time Challenge membuka peluang kepada pemain untuk bersaing dengan selebriti terkenal dan pelumba profesional Asia Tenggara. Hadiah termasuk gelaran eksklusif serta sehingga 1,500 diamond dalam game. Setiap minggu, dua selebriti akan berlumba menggunakan kereta baharu musim ini dan menetapkan masa yang perlu dicabar oleh pemain di pelbagai litar:
- 10 Julai: Windah Basudara (Indonesia, 10 juta+ pengikut) dan zbing z. (Thailand, 20 juta pengikut) menggunakan Pagani Huayra BC ’17 di litar Indianapolis dan Amsterdam.
- 17 Julai: SOLOZ (Malaysia) dan Fitra Eri (Indonesia) mengendalikan McLaren 570S Coupe ’16 di Amsterdam Flower Field dan Alpen Circuit.
- 24 Julai: Tengku Djan Ley (“Putera Drift” Malaysia) dan Pete Thongchua (Thailand) memandu NISSAN Skyline GT-R (R32) ’89 di Amsterdam River dan Sicily Downslope.
2025 Legendary Cup
Bermula 10 Julai hingga 23 Ogos, 2025 Legendary Cup ialah kejohanan rentas server melibatkan Hong Kong, Macau, Taiwan, Jepun, dan Korea. Acara ini akan berakhir dengan perlawanan akhir secara fizikal di Bangkok, di mana pemain terbaik dari setiap rantau akan bersaing demi kemegahan dan habuan wang tunai. Hadiah bagi setiap server ialah:
- Juara: $10,000
- Naib Juara: $5,000
- Tempat Ketiga: $3,000
- Tempat Keempat: $1,000
Kejohanan ini terbahagi kepada empat peringkat:
- Qualifier Stage (10–18 Julai): 4,096 pemain mara dari setiap server.
- Knockout Stage (20–24 Julai): Pusingan kalah mati yang sengit menyaringkan 4,096 pemain kepada 128 pelumba elit.
- Promotion Stage (26 Julai–3 Ogos): 128 pesaing bertarung untuk merebut 4 tempat teratas setiap server.
- Offline Finals (23 Ogos, Bangkok): 16 pemain terakhir (4 setiap server) bersaing untuk gelaran muktamad.
Sedia untuk berlumba? Muat turun Racing Master sekarang amelalui pautan ini untuk mengalami Authentic Racer Season.









Discussion about this post