Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Black Clover Kembali Dengan Season 2, Sambung “Spade Kingdom Raid Arc!”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2025
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Black Clover Kembali Dengan Season 2, Sambung “Spade Kingdom Raid Arc!”
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lima tahun penantian, peminat Black Clover akhirnya boleh nafas lega. Crunchyroll mengumumkan bahawa musim baharu untuk siri anime ini, secara rasmi diberi judul Black Clover Season 2, kini sedang dalam proses penghasilan.

Sebagai kesinambungan kepada siri asal yang mempunyai 170 episod, musim baharu ini akan ditayangkan secara eksklusif di Crunchyroll.

Walaupun tarikh tayangan rasmi masih belum didedahkan, beberapa sumber tidak rasmi menjangkakan ia mungkin akan mula disiarkan pada penghujung 2026, bergantung kepada jadual produksi dan jumlah episod.

Pengumuman ini turut disertakan dengan teaser trailer serta visual dinamik menampilkan Asta dalam bentuk Devil Union. Studio Pierrot, yang bertanggungjawab terhadap musim asal, turut kembali untuk menganimasikan musim baharu ini.

Musim kedua dijangka akan mengadaptasi Spade Kingdom Raid Arc (bab manga 272–331), menyambung kisah dari cliffhanger dramatik episod 170 yang ditayangkan pada Mac 2021.

Dalam arc ini, Asta bersama pasukan dari Clover dan Heart Kingdom melancarkan misi berbahaya untuk menyelamatkan para kapten yang diculik, termasuk Yami, serta menghentikan rancangan jahat Dark Triad—Dante, Vanica, dan Zenon—yang ingin melepaskan demon ke dunia.

🍀・♠・ーーーーーーーーーーーーー
TVアニメ「 #ブラッククローバー 」
2nd Season 制作決定!
ーーーーーーーーーーーーーーーー♥・♦・

2nd Season 制作 Kick Off ビジュアルを解禁✨

新章、突入。

公式サイトはこちら ▶ https://t.co/FVHewPZudH#ブラクロ pic.twitter.com/NXoB5U1rE9

— TVアニメ「ブラッククローバー」2nd Season【公式】 (@bclover_PR) July 6, 2025

Yūki Tabata, pencipta manga, turut menyuarakan kegembiraannya dalam satu mesej:

“Produksi musim baru anime Black Clover yang dinanti-nantikan telah disahkan! Saya teramat gembira memasuki musim anime baru ini selepas filem penuh semangat yang dikeluarkan! Terima kasih kepada anda semua, Black Clover menyambut ulang tahun ke-10 tahun ini! Saya pasti ingin mengekalkan semangat ini! Saya mahu peminat dari Jepun dan seluruh dunia menikmati anime yang lebih hebat yang akan dibawakan oleh pasukan produksi anime terbaik! Terima kasih banyak atas sokongan anda terhadap Black Clover!”

Siri asal yang bersiaran dari 2017 hingga 2021 terpaksa dihentikan sebelum memasuki Spade Kingdom Raid Arc bagi mengelakkan jalan cerita anime mendahului manga.

Filem Black Clover: Sword of the Wizard King yang ditayangkan pada tahun 2023 di Netflix merupakan cerita sampingan yang tidak berkait dengan jalan cerita utama, membuatkan ramai peminat tidak sabar untuk kembali ke naratif sebenar.

Kini, dengan manga berada dalam fasa akhir, terdapat banyak bahan yang boleh diadaptasi oleh Studio Pierrot.

Berbeza dengan format mingguan siri asal, Season 2 dijangka mengguna pakai struktur bermusim, kemungkinan merangkumi 12–24 episod, mungkin dalam format split-cour.

Ini selari dengan pendekatan terkini Studio Pierrot, seperti yang dilihat dalam Bleach: Thousand-Year Blood War, yang mengutamakan animasi berkualiti tinggi dan kesetiaan kepada bahan sumber.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Clover
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Cyberpunk: Edgerunners II Diumumkan Bersama Teaser Trailer!

Next Post

Netmarble Umum Shangri-La Frontier: The Seven Colossi – Game 3D Untuk Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!
Jom Singgah!

Kombo Pizza Hut Pokémon – Piza Bertema Bersama Bonus Menarik Dengan Setiap Pembelian!

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
Zenless Zone Zero Update 2.1 Dilancarkan 16 Julai, Memperkenalkan Faction Spook Shack!
Berita

Zenless Zone Zero Update 2.1 Dilancarkan 16 Julai, Memperkenalkan Faction Spook Shack!

July 7, 2025
Next Post
Netmarble Umum Shangri-La Frontier: The Seven Colossi – Game 3D Untuk Mobile!

Netmarble Umum Shangri-La Frontier: The Seven Colossi - Game 3D Untuk Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd