Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing Death Stranding 2: On The Beach Collector’s Edition & DualSense Edisi Terhad

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2025
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5, Unboxing
0 0
0
Unboxing Death Stranding 2: On The Beach Collector’s Edition & DualSense Edisi Terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran Death Stranding 2: On The Beach pada 26 Jun 2025, keterujaan untuk game ini sudah mula terasa. Kojima Productions bijak memanfaatkan peluang ini dengan memperkenalkan Death Stranding 2 Collector’s Edition khas yang penuh dengan pelbagai barangan eksklusif untuk peminat tegar, bersama dengan controller DualSense Limited Edition yang bukan saja sedap mata memandang, tetapi juga berfungsi sepenuhnya.

Kami berpeluang untuk mendapat kedua-duanya, dan pengalaman unboxing ini ibarat mengupas satu demi satu misteri dunia unik ciptaan Kojima.

Collector’s Edition: Harta Karun Untuk Peminat Setia

Kredit: Digital Braves

Collector’s Edition untuk Death Stranding 2: On The Beach ini boleh dianggap sebagai surat cinta kepada peminat lama siri ini, sambil menggoda mereka yang baru nak berkenalan dengan dunia pelik hasil imaginasi Kojima.

Ini bukan sekadar satu set barangan koleksi – ia adalah satu pengalaman lengkap yang dirancang rapi, menggabungkan barangan fizikal premium dengan bonus dalam game, semuanya dibungkus kemas dalam sebuah kotak mewah yang cukup kukuh untuk melindungi isi dalamannya dan cukup cantik untuk dijadikan hiasan.

Jadi, apa sebenarnya yang ada dalam kotak ini?

  • Patung Magellan Man setinggi 15 inci – Ini bintang utama dalam kotak ini. Gabungan antara kapal DHV Magellan dan entiti tar gergasi, patung ini menjadi lambang estetika pelik dunia Death Stranding.

  • Patung Dollman setinggi 3 inci – Walaupun kecil, figurin watak Dollman yang dimainkan oleh Fatih Akin ini hadir lengkap dengan tali gantung, sesuai untuk dibawa ke mana saja.

s

  • Kad Seni Eksklusif – Set kad koleksi yang menampilkan karya seni dari game, khususnya watak Tomorrow, Higgs, dan Sam Porter Bridges.

  • Surat Dari Hideo Kojima – Sentuhan peribadi dari pencipta siri ini sendiri, menambahkan nilai sentimental kepada keseluruhan set.
Kredit: Digital Braves
  • Kotak Koleksi Eksklusif – Semua barangan di atas disusun kemas dalam kotak edisi khas yang bukan saja praktikal, tetapi juga menarik untuk dipamerkan.
Kredit: Digital Braves

Selain barangan fizikal, Collector’s Edition ini turut menyertakan kandungan digital eksklusif untuk memberi sedikit kelebihan kepada pemain dalam dunia Death Stranding 2 yang penuh cabaran:

Kredit: Digital Braves
  • Game Penuh versi Digital – Kod baucar untuk memuat turun Death Stranding 2: On The Beach. Tiada cakera fizikal atau steelbook disertakan, jadi pastikan anda merancang dengan baik.
  • Akses Awal 48 Jam – Bermain lebih awal pada 24 Jun 2025, dua hari sebelum edisi standard dilancarkan.
  • Bonus Dalam Game:
    • Machine Gun (MP Bullet) LV1 Early Unlock
    • Battle Skeleton: Gold (LV1, LV2, LV3)
    • Boost Skeleton: Gold (LV1, LV2, LV3)
    • Bokka Skeleton: Gold (LV1, LV2, LV3)
    • Patch eksklusif: Quokka, Chiral Feline, Why Me?
    • Hologram Quokka

Secara keseluruhan, Collector’s Edition ini memang pilihan ideal untuk peminat tegar dunia Kojima. Patung Magellan Man dan Dollman memberikan sentuhan berkualiti tinggi yang melambangkan dunia unik permainan ini, sementara kad seni dan surat daripada Kojima menambah nilai emosi dan peribadi.

Untuk mereka yang baru ingin menyertai dunia Death Stranding, ini adalah cara terbaik untuk terjun terus ke dalam pengalaman penuh—lebih-lebih lagi kalau anda sukakan world-building yang pelik dan mendalam.

Harganya memang premium, tetapi kualiti barang fizikal dan nilai tambah dalam game menjadikan ia satu pembelian yang berbaloi untuk peminat sebenar.

DualSense Death Stranding 2 Limited Edition: Teman Bermain Bergaya

Kredit: Digital Braves

Selain Collector’s Edition, kami juga berjaya dapatkan Death Stranding 2: On The Beach Limited Edition DualSense Wireless Controller, dan rupanya memang premium.

Direka dengan kerjasama Kojima Productions, controller ini tampil dengan badan berwarna hitam elegan, dipadankan dengan warna oren terang yang benar-benar menonjolkan identiti Death Stranding.

Pada touchpad, tertera lambang Drawbridge bersama motto ikonik “Both stick and rope, to protect and connect. Together, from tomorrow.”

Nombor siri berwarna oren di sisi dan logo Death Stranding 2: On The Beach di bahagian belakang menambahkan lagi personaliti unik pada controller ini sebagai sebuah aksesori yang bukan saja sesuai untuk koleksi, tetapi juga selesa digunakan.

Game ini akan keluar pada 26 Jun 2025 di PlayStation 5. Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

Tags: Death Stranding 2: On the BeachUnboxing
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Death Stranding 2: On the Beach – Bukan Lagi “Walking Simulator,” Pengalaman Kini Lebih Revolusi!

Next Post

Previu Shadow Labyrinth – Combat Kejam, Sesuai Dengan Konsepnya Yang Berubah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Previu Shadow Labyrinth – Combat Kejam, Sesuai Dengan Konsepnya Yang Berubah!

Previu Shadow Labyrinth - Combat Kejam, Sesuai Dengan Konsepnya Yang Berubah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd