Beberapa rekaan digital mengagumkan yang menampilkan mercu tanda ikonik Malaysia dalam bentuk game popular Minecraft telah mencuri perhatian, menimbulkan rasa kagum dalam kalangan komuniti Malaysia di Reddit.
Good day! I’ve been working on a fictionalized version of Kuala Lumpur in Minecraft for the past 2 months or so and feel like y’all would like it. Feel free to ask about stuff (and no I wont be giving any download links, not yet at least)
byu/tovarisch_ak inmalaysia
Seorang pengguna bernama @tovarisch_ak telah berkongsi projek Minecraft peribadinya semalam, mempamerkan versi maya yang dibina dengan penuh teliti bagi beberapa lokasi bersejarah dan kebudayaan negara.
Antara binaan yang dipaparkan termasuk Masjid Ubudiah yang tersergam indah bersama Makam Diraja Bukit Chandan di Kuala Kangsar; Perpustakaan Kuala Lumpur; Air Pancut Ratu Victoria yang bersejarah di Melaka; serta Masjid Ihsaniah Iskandariah di Padang Rengas.
Sharing some Minecraft builds from my fictionalised KL world
byu/tovarisch_ak inOkeyRakanMalaysia
Dalam posting lain, dia turut mempamerkan reka bentuk Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang sangat terperinci, Bangunan Sultan Abdul Samad berhadapan Dataran Merdeka, Istana Kuning di Kuala Kangsar, bangunan HSBC di Sungai Petani, dan deretan kedai penuh warna-warni di sepanjang Jalan Petaling.
Eid Mubarak everyone! Here’s a small update on the Malaysia/Singapore-inspired Minecraft project! Feel free to recommend/suggest things
byu/tovarisch_ak inOkeyRakanMalaysia
Imej-imej ini, yang dikongsi dalam beberapa komuniti Reddit berkaitan Malaysia, menerima pujian meluas kerana ketelitian luar biasa yang ditunjukkan, sedangkan ia dalam bentuk Minecraft. Ramai juga yang tertarik ingin tahu tentang proses kreatif di sebalik projek ini, yang menurut penciptanya, bermula sebagai hobi sejak hujung tahun lalu.
Dalam perkongsiannya, @tovarisch_ak menjelaskan bahawa dia menggunakan peta Kuala Lumpur tahun 1957 sebagai rujukan awal bagi mendapatkan skala yang tepat, sebelum merujuk kepada gambar dan Street View untuk memperincikan rekaan.
Semua struktur dibina pada skala 1:5, yang memberikan ruang untuk memasukkan butiran yang kompleks tanpa perlu meniru dimensi sebenar secara tepat.

Projek maya ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia, dan menurut penciptanya, dia berhasrat untuk menyiapkannya sebelum sambutan Hari Merdeka.
Melalui projek ini, ia membuktikan bahawa permainan video juga boleh menjadi medium yang kreatif dan berkesan untuk memelihara serta mengetengahkan warisan seni bina negara.









Discussion about this post