Wahai peminat-peminat One Piece! UNIQLO Malaysia tampil dengan berita menggembirakan kerana koleksi T-shirt nostalgia hasil kerjasama terdahulu dengan anime legenda One Piece kini kembali melalui inisiatif khas mereka, “UT Archive”.
Projek “UT Archive” ini membawakan semula T-shirt kegemaran ramai yang pernah dikeluarkan sebelum ini, memberi peluang kepada peminat untuk memiliki rekaan yang mungkin pernah terlepas.
Kali ini, UNIQLO mempersembahkan enam rekaan ikonik daripada koleksi One Piece UT terdahulu, memaparkan detik-detik bersejarah dan watak-watak tersayang dari pengembaraan Straw Hat Pirates.
Antara rekaan yang pasti mengusik hati peminat termasuk babak berganding baru epik antara Luffy dan Ace, momen perpisahan menyayat hati dengan Vivi sambil kru mengangkat tangan mereka, serta ilustrasi berwarna-warni yang menampilkan penyatuan semula kru Topi Jerami selepas two-year timeskip.

T-shirt yang pernah mencuri perhatian dalam edisi sebelumnya ini kini membuat kemunculan semula untuk menggembirakan peminat lama dan menarik perhatian pengumpul baharu. Ditawarkan pada harga sekitar RM59.90, koleksi ini hadir dalam saiz XXS hingga 3XL, sesuai untuk semua peminat setia.
Rekaan ini boleh didapati mulai hari ini di semua cawangan UNIQLO seluruh Malaysia dan juga di laman web rasmi mereka.

Jangan lepaskan peluang memiliki koleksi ikonik ini yang penuh dengan kenangan dari dunia One Piece. Segera ke UNIQLO atau layari laman web mereka untuk melengkapkan koleksi anda.









Discussion about this post