Microsoft baru-baru ini mengumumkan kenaikan harga secara global bagi konsol Xbox Series X dan Series S, termasuk controller dan beberapa game eksklusif keluaran mereka (first-party game).
Walaupun Xbox tidak dijual secara rasmi oleh Microsoft di Malaysia dan hanya boleh didapati melalui pengedar sah, kenaikan ini dijangka memberi kesan kepada harga di pasaran tempatan.

Dalam pengumuman tersebut, Microsoft menyatakan bahawa harga Xbox Series X di Amerika Syarikat telah dinaikkan sebanyak $100, daripada $499.99 kepada $599.99. Sementara itu, Xbox Series S (512GB) kini dijual pada harga $379.99 berbanding $299.99 sebelum ini.
Harga untuk game eksklusif pula akan dinaikkan kepada $79.99 bermula musim cuti tahun 2025. Kenaikan harga ini dikaitkan dengan “keadaan pasaran dan peningkatan kos pembangunan”, selain faktor tarif perdagangan global, khususnya cukai yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap barangan dari China.
Berikut adalah senarai harga baharu di Amerika Syarikat:

Di Malaysia, memandangkan Xbox hanya masuk melalui pengedar semula, harga runcit dijangka naik mengikut trend global. Dengan kenaikan terbaru ini, pengguna di Malaysia mungkin akan melihat harga Series X mencecah RM2,800 atau lebih, manakala Series S berkemungkinan hampir RM1,900.
Harga untuk controller dan game juga dijangka meningkat, walaupun butiran tepat bagi pasaran tempatan masih belum didedahkan.

Microsoft menegaskan bahawa keputusan menaikkan harga ini dibuat selepas “pertimbangan yang teliti”, dan mereka berjanji akan terus menawarkan nilai tambah melalui perkhidmatan seperti Xbox Game Pass, yang membolehkan pemain menikmati pelbagai game dengan yuran langganan bulanan.
Harga langganan Game Pass tidak terjejas oleh perubahan ini, memberikan sedikit kelegaan kepada pengguna.
@gamersantaimy
Discussion about this post