Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia Lancar Kad Grafik Nitro Intel Arc B580 OC & Nitro Mobile Gaming Controller

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 29, 2025
in Aksesori, Artikel, Berita, GPU, Teknologi
0 0
0
Acer Malaysia Lancar Kad Grafik Nitro Intel Arc B580 OC & Nitro Mobile Gaming Controller
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini melancarkan dua produk terbaharu yang direka khusus untuk para gamer kasual dan peminat pembinaan komputer DIY: Kad Grafik Nitro Intel Arc B580 OC 12GB dan Nitro Mobile Gaming Controller.

Kad Grafik Acer Nitro Intel Arc B580 OC 12GB

Kredit: Acer

Kad grafik Acer Nitro Intel Arc B580 OC 12GB (AN-B580-OCA) direka untuk para gamer dan pembina PC yang mencari penyelesaian grafik berprestasi tinggi pada harga mampu milik.

Dilengkapi senibina Xe2 dengan sehingga 20 teras, kad grafik ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 50% bagi setiap teras, menjadikannya ideal untuk gaming pada resolusi 1440p hingga 8K. Dengan kelajuan jam GPU sehingga 2,740 MHz, kad ini memastikan pengalaman gaming yang lancar dan responsif.

Kredit: Acer

Kad grafik ini turut menyokong teknologi berkuasa AI seperti Intel Xe Super Sampling (XeSS) untuk visual yang lebih tajam, Intel Xe Low Latency (XeLL) untuk gaming dengan kelewatan rendah, dan Intel Xe Frame Generation (XeFG) untuk prestasi yang konsisten.

Selain itu, sokongan untuk kodek AV1 dan enjin AI khusus (XMX) menjadikan kad ini pilihan terbaik untuk pencipta kandungan yang bekerja dengan media beresolusi tinggi.

Kredit: Acer

Untuk memastikan prestasi yang tahan lama, kad grafik Nitro Intel Arc B580 OC dilengkapi sistem penyejukan canggih, termasuk dua kipas Frostblade, paip haba tembaga tanpa oksigen, plat belakang aluminium, dan jalur besi tanpa bengkok untuk kekuatan struktur.

Kad ini juga menyokong sehingga empat skrin serentak melalui 1x HDMI 2.1 dan 3x DisplayPort 2.1, menawarkan fleksibiliti untuk tetapan gaming atau produktiviti pelbagai skrin.

Kredit: Acer

Kad grafik ini boleh didapati dengan segera di eKedai Acer, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, dengan harga RM1,599.

Nitro Mobile Gaming Controller

Kredit: Acer

Bagi para gamer yang gemar bermain di peranti bimbit, Acer memperkenalkan Nitro Mobile Gaming Controller, sebuah pengawal gaming yang padat, mudah alih, dan berprestasi tinggi.

Direka untuk memberikan pengalaman gaming seakan konsol, pengawal ini serasi dengan peranti Android 9.0 ke atas dan iPhone 15 ke atas, menyokong peranti sehingga saiz 8.3 inci. Ia menawarkan pilihan pengecasan tanpa wayar dan berwayar untuk keserasian dengan pelbagai peranti.

Kredit: Acer

Pengawal ini dilengkapi dengan 15 butang berprestasi tinggi, termasuk butang pencetus analog L2/R2 untuk kawalan tepat dalam game aksi dan perlumbaan.

Kadar tindak balas tanpa kelewatan memastikan prestasi kompetitif, manakala sokongan pengecasan pantas 18W membolehkan pengguna mengecas peranti mereka tanpa gangguan semasa bermain.

Dengan cengkaman boleh laras dan tapak getah, pengawal ini menawarkan keselesaan dan keselamatan walaupun pada peranti yang dilengkapi sarung pelindung. Butang khusus penangkap skrin Nitro pula memudahkan pemain merakam momen penting dalam game.

Kredit: Acer

Nitro Mobile Gaming Controller dijual pada harga RM439 dan tersedia dengan segera di eKedai Acer, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, serta penjual rasmi Acer di seluruh negara. Sebagai tawaran istimewa, pelanggan yang membeli sebelum 15 Mei 2025 layak mendapat harga promosi RM349.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Acer Nitro Intel Arc B580 OC 12GBNitro Mobile Gaming Controller
ShareTweetSend
Previous Post

Acer MY Memperkenalkan Predator Helios 18 AI, Neo 16S AI & Acer Aspire 7 Baharu – Khas Untuk Gamer!

Next Post

Acer Malaysia Umum Predator Orion 7000 & Monitor Gaming Predator X32 X3 – Bonus Diberi Untuk Tiap Pembelian!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Acer Malaysia Umum Predator Orion 7000 & Monitor Gaming Predator X32 X3 – Bonus Diberi Untuk Tiap Pembelian!

Acer Malaysia Umum Predator Orion 7000 & Monitor Gaming Predator X32 X3 - Bonus Diberi Untuk Tiap Pembelian!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd