Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berserk Menyerang Diablo IV & Diablo Immortal – Segala Info Anda Perlu Tahu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 22, 2025
in Android, Anime, Artikel, Battle.net, Berita, iOS, MMORPG, Mobile, PC
0 0
0
Berserk Menyerang Diablo IV & Diablo Immortal – Segala Info Anda Perlu Tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Blizzard Entertainment telah mengumumkan kolaborasi epik antara Diablo IV, Diablo Immortal, dan manga fantasi gelap legenda Berserk karya Kentaro Miura.

Acara terhad ini menggabungkan dunia suram Sanctuary dan Berserk, mempertemukan watak ikonik, pertempuran ganas menentang demon, serta pelbagai kosmetik eksklusif untuk para peminat kedua-dua francais. Ini semua yang anda perlu tahu tentang kolaborasi yang penuh aksi ini.

Diablo IV

Bermula 6 Mei, pemain akan dapat menyertai acara khas bertemakan Berserk yang sarat dengan pengkhianatan, dendam, dan kuasa gelap. Sepanjang acara ini, pelbagai barangan kosmetik boleh diperoleh atau dibeli — membolehkan pemain menampilkan gaya seperti Black Swordsman dan watak-watak ikonik lain dari dunia Berserk.

Kredit: Blizzard Entertainment

Setiap kali anda menewaskan musuh elit dalam Diablo IV, mereka akan menjatuhkan Behelit, yang boleh ditukar di Berserk Reliquary untuk mendapatkan barangan kosmetik menarik seperti:

  • Hawks Destiny Back Trophy
  • Skull Knight’s Heraldry Mount Armor
  • Brand of Sacrifice Marking
  • Foretold Eclipse Headstone
Kredit: Blizzard Entertainment

Kumpulkan kesemua item dari Reliquary untuk membuka Emblem Od of the Berserker – lambang tertinggi kesetiaan anda terhadap acara ini. Kedai dalam game juga akan menawarkan pelbagai set perisai dan pakej istimewa berinspirasikan Berserk, termasuk:

  • Berserker Armor (untuk Barbarian)
  • Hawk of Light dan Struggler (untuk Rogue)
  • Skull Knight (untuk Necromancer), lengkap dengan Chimimoryo Schnoz Pet
  • Schnoz Pet Bundle yang mengandungi Mask Rakshas Mount Trophy dan Chimimoryo’s Resemblance
  • Warhorse of the Hawk Bundle dengan Fantasia Mount, Fantasia’s Bridle, Reborn Band of the Hawk Mount Trophy, dan God Hand’s Gift Mount Trophy
Kredit: Blizzard Entertainment

Selain itu, inisiatif Support a Streamer akan memberikan peluang untuk mendapatkan Skull Behelit Mount Trophy. Maklumat lanjut akan diumumkan dalam blog rasmi Blizzard tidak lama lagi.

Diablo Immortal

Mulai 1 Mei, pemain Diablo Immortal boleh menyertai acara Struggler’s Path, yang membawa pemain menyelami dunia dalam Berserk. Acara ini menawarkan pertarungan bos yang ganas, ujian kelangsungan hidup yang mencabar, dan ganjaran eksklusif yang pasti menggamit peminat tegar.

Kredit: Blizzard Entertainment

Watak legenda dari Berserk, Nosferatu Zodd — makhluk buas yang terkenal kerana membunuh beribu-ribu manusia— kini menyerang Sanctuary. Makin lama pertempuran berlangsung, makin kuat dia jadi. Pemain yang memiliki Crimson Behelit Legendary Gem akan menghadapi versi Zodd yang lebih kejam, tetapi akan menerima ganjaran yang lebih lumayan jika berjaya mengalahkannya.

Kredit: Blizzard Entertainment

Satu lagi acara dalam kempen ini, Struggler’s Bane, menghidupkan kembali saat mengerikan Eclipse dari Berserk, di mana Griffith mengorbankan Band of the Hawk demi menjadi sebahagian daripada Godhand. Setiap dua minit, pemain akan ditarik masuk ke dunia neraka selama 60 saat untuk bertarung dengan demon dan bos istimewa yang berkhidmat kepada Godhand.

Kredit: Blizzard Entertainment

Pada masa yang sama, dapatkan Crimson Behelit Legendary Gem (Rank 10) yang memberikan kelebihan unik ketika bermain:

  • Jika nyawa melebihi 50%: Serangan akan mencetuskan Behelit’s Wrath (+30% damage selama 6 saat, cooldown 20 saat).
  • Jika nyawa di bawah 50%: Serangan musuh akan mengaktifkan Behelit’s Mercy (-30% damage diterima selama 6 saat, cooldown 60 saat).
  • Setiap kali kesan ini diaktifkan, jeritan dilepaskan yang menakutkan musuh selama 1.6 saat.
Kredit: Blizzard Entertainment

Pemain juga boleh memperoleh Familiar Golem Skin yang boleh disesuaikan. Ini adalah Familiar pertama yang dijamin sepanjang acara, dan makhluk unik ini bukan saja membantu bertahan dalam pertempuran, tetapi juga menyerlah dengan gayanya tersendiri.

Kredit: Blizzard Entertainment

Selain itu, pelbagai kosmetik bertemakan Berserk turut ditawarkan, termasuk Broken Band’s Armament, Berserker’s Armor, dan Hawk of Light. Terdapat juga lapan skin senjata eksklusif mengikut kelas, termasuk greatsword ikonik Dragon Slayer.

Kredit: Blizzard Entertainment

Log masuk sepanjang acara untuk menuntut ganjaran istimewa:

  • Struggler’s Path Weapon Cosmetic
  • Crimson Behelit Legendary Gem
  • Eclipse Portal Cosmetic
  • Eclipse Frame
  • 10 Legendary Crest

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Diablo IV dan Diablo Immortal.

Tags: Berserkdiablo immortalDiablo IV
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu Diablo IV Season 8 – Kepulangan Belial, Tambahan Gameplay & Kolaborasi Bersama Berserk!

Next Post

Previu Onimusha 2: Samurai’s Destiny (Remaster) – Pabila Game Samurai Klasik Diberi Layanan HD!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Previu Onimusha 2: Samurai’s Destiny (Remaster) – Pabila Game Samurai Klasik Diberi Layanan HD!

Previu Onimusha 2: Samurai's Destiny (Remaster) - Pabila Game Samurai Klasik Diberi Layanan HD!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd