Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Digimon Color: Godzilla 70th Edition V-Pets’ Hadir dengan Empat Fusion Lagi Gila!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 21, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Produk
0 0
0
‘Digimon Color: Godzilla 70th Edition V-Pets’ Hadir dengan Empat Fusion Lagi Gila!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai menggabungkan dua francais legenda melalui Digimon Color: Godzilla 70th Edition V-Pets, sebuah kolaborasi khas sempena ulang tahun ke-70 Godzilla. Diumumkan semasa Godzilla Fest 2024, crossover ini menggabungkan raksasa digital Digimon dengan alam kaiju oleh Toho, menawarkan pengalaman baharu kepada peminat dalam format virtual pet klasik.

Edisi terhad ini adalah sebahagian daripada siri Digital Monster COLOR, menampilkan skrin LCD berwarna penuh dan bateri boleh dicas semula melalui USB-C. Pra-tempahan dibuka di Jepun pada 20 Mac 2025, di mana penghantaran dijadualkan pada Ogos 2025.

Direka oleh Kenji Watanabe, peranti ini hadir dalam dua varian warna, masing-masing mewakili era berbeza dalam sejarah Godzilla:

  • WarGreymon: “G” Erosion Mode Color – Menampilkan reka bentuk moden yang mencerminkan Godzilla masa kini.
  • WarGreymon: “G” Erosion Mode Classic Color – Rekaan hitam-putih yang memberi penghormatan kepada era filem awal Godzilla.

Kedua-dua versi ini melambangkan peralihan dari filem hitam-putih kepada warna dalam tempoh 70 tahun sejarah Godzilla. Walaupun reka bentuk luar berbeza, kandungan dan fungsi dalamannya tetap sama.

Kredit: TM & © TOHO CO., LTD. ©BANDAI・PLEX

Peranti ini menampilkan 34 raksasa, termasuk Digimon klasik dan kaiju legenda seperti Godzilla sendiri. Namun, tarikan utama adalah G-Eroded Digimon, evolusi baharu yang tercipta apabila G-Cells milik Godzilla menjangkiti DigiCores, menghasilkan transformasi yang unik:

  • MetalGreymon: G-Eroded Mode
  • SkullGreymon: G-Eroded Mode
  • Mugendramon: Type 3 (Kai) Mode
  • WarGreymon: G-Eroded Mode
Kredit: TM & © TOHO CO., LTD. ©BANDAI・PLEX

Ini bukan sekadar Digivice dengan reka bentuk baharu—V-Pet ini turut mengintegrasikan elemen Godzilla ke dalam gameplay, menjadikan pertempuran dan training terasa seperti babak dari filem kaiju:

  • Monster Attack Summon – Pertempuran disertakan dengan muzik tema ikonik Godzilla dan animasi khas.
  • Latihan Mini-Game – Gunakan senjata anti-G dan M.O.G.U.E.R.A., mecha daripada Godzilla vs. SpaceGodzilla.
  • G-Cell Activity Value – Mekanik unik yang mengesan tahap jangkitan G-Cells, mempengaruhi evolusi Digimon dan latar belakang visual.
Kredit: TM & © TOHO CO., LTD. ©BANDAI・PLEX

Peranti ini serasi dengan Digital Monster COLOR dan Digimon Pendulum COLOR untuk battle, tetapi latar belakang tidak boleh dikongsi melalui komunikasi. Beberapa ciri tambahan termasuk: Cold Mode, untuk hentikan pertumbuhan Digimon buat sementara; Backup System, yang menyimpan satu Digimon untuk digunakan semula; dan latar belakang eksklusif yang boleh diperoleh melalui komunikasi online.

Berharga 7,700 yen (~$51.75), Digimon Color: Godzilla 70th Edition V-Pets boleh didapati buat masa ini melalui Premium Bandai Jepun. Jangan risau, peranti ini pasti akan dijual juga di Malaysia pada masa terdekat.

Tags: Digimon COLORGodzilla
ShareTweetSend
Previous Post

The Last of Us Part II Remastered PC – Ciri-Ciri Baru & Berat Manakah Spec PC?

Next Post

Lebih Dari Satu Medan Tempur: Apa Yang Membuat E.T.E Chronicle Istimewa

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Lebih Dari Satu Medan Tempur: Apa Yang Membuat E.T.E Chronicle Istimewa

Lebih Dari Satu Medan Tempur: Apa Yang Membuat E.T.E Chronicle Istimewa

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd