Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Set ‘LEGO Pokémon’ Bakal Hadir pada 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 19, 2025
in Artikel, Berita, Produk
0 0
0
Set ‘LEGO Pokémon’ Bakal Hadir pada 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang anda tahu, pelbagai francais telah diubah menjadi LEGO. Beberapa judul terbesar Nintendo—Super Mario Bros., Animal Crossing, dan The Legend of Zelda—sudah pun mendapat set LEGO mereka sendiri. Namun, satu siri gaming ikonik masih belum menjadi sebahagian daripada koleksi itu: Pokémon. Kini, perkara itu bakal berubah apabila The LEGO Group dan The Pokémon Company International secara rasmi mengumumkan bahawa set LEGO Pokémon akan dilancarkan pada 2026.

Buat masa ini, butiran mengenai set LEGO Pokémon masih terhad kerana pengumuman ini baru dibuat pada 18 Mac 2025. Namun, yang pasti, ini merupakan kerjasama jangka panjang, yang bermakna peminat boleh menantikan beberapa set LEGO bertemakan Pokémon pada masa akan datang. Gelombang pertama dijadualkan dilancarkan pada 2026.

Sebuah video acah yang dikongsi oleh LEGO dan The Pokémon Company memaparkan ekor ikonik Pikachu yang dibina menggunakan batu bata LEGO, mengesahkan bahawa Pikachu akan muncul dalam sekurang-kurangnya satu set. Selain itu, tiada maklumat rasmi mengenai Pokémon lain yang akan disertakan, reka bentuk set, jumlah kepingan, atau harga yang didedahkan setakat ini.

Buat masa ini, laman web rasmi LEGO menggambarkan kolaborasi ini sebagai peluang untuk “mencetuskan imaginasi anda pada tahun 2026”, dengan janji sesuatu yang belum pernah dibina menggunakan LEGO sebelum ini.

Kredit: Lego MY

Melihat sejarah LEGO dengan francais game lain, ramaimembuat spekulasi bahawa set Pokémon boleh merangkumi figura Pokémon yang boleh dibina atau playset interaktif—serupa dengan set LEGO Super Mario yang menggabungkan elemen digital. Namun, ini hanyalah spekulasi, dan tiada pengesahan rasmi mengenai gaya atau skop set tersebut.

Dengan pelancaran pada 2026, lebih banyak info dijangka akan didedahkan dalam bulan-bulan mendatang.

Tags: LEGOPokémon
ShareTweetSend
Previous Post

ROG Phone 9 FE Rasmi Dilancarkan, Harga Menarik Pada RM2,999!

Next Post

Disney Pernah Merancang “Marvel Game Universe” Ala MCU, Tapi Dibatalkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
Next Post
Disney Pernah Merancang “Marvel Game Universe” Ala MCU, Tapi Dibatalkan!

Disney Pernah Merancang "Marvel Game Universe" Ala MCU, Tapi Dibatalkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd