Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG Phone 9 FE Rasmi Dilancarkan, Harga Menarik Pada RM2,999!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 19, 2025
in Artikel, Berita, Promosi, Smartphone, Teknologi
0 0
0
ROG Phone 9 FE Rasmi Dilancarkan, Harga Menarik Pada RM2,999!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Republic of Gamers secara rasmi melancarkan ROG Phone 9 FE, tambahan terbaru dalam siri ROG Phone 9. Direka untuk memberikan pengalaman mobile gaming yang tiada tandingan, gaming phone berkuasa ini kini boleh didapati di Malaysia pada harga menarik RM2,999.

Kredit: ASUS ROG

ROG Phone 9 FE menonjol dengan reka bentuk premium dan elegan. Permukaan kaca matte-nya bukan sahaja memberikan rasa mewah, tetapi juga tahan cap jari untuk memastikan peranti kekal bersih dan kemas.

Salah satu ciri utama telefon ini ialah paparan mini-LED AniMe Vision, yang menawarkan animasi berwarna-warni dan boleh disesuaikan mengikut interaksi pengguna. Paparan 341-elemen ini menyokong reka bentuk pratetap serta animasi yang dicipta oleh pengguna sendiri. Animasi rahsia juga boleh dibuka dengan menyentuhkan telefon secara belakang-ke-belakang dengan ROG Phone 9 FE, 9 Pro, 9, atau 8 Pro.

Kredit: ASUS ROG

ROG Phone 9 FE turut dilengkapi teknologi AI canggih untuk meningkatkan pengalaman gameplay dan memberi kelebihan kompetitif kepada pemain:

  • X Sense 3.0 mengesan acara penting dalam game, mengumpul item secara automatik, dan menaik taraf abiliti watak untuk pengalaman gaming yang lebih lancar dan efisien.
  • X Capture 2.0 merakam detik gameplay penting secara automatik, termasuk kemenangan, pertempuran sengit, dan pencapaian rare.
  • AI Grabber 2.0 menyediakan akses pantas kepada petua gaming dan dilengkapi penterjemah untuk komunikasi tanpa halangan dalam pelbagai bahasa.
Kredit: ASUS ROG

Di teras ROG Phone 9 FE ialah cip Snapdragon 8 Gen 3 Mobile Platform, yang memastikan prestasi pantas serta sambungan lancar, termasuk integrasi mudah dengan PC berkuasa Snapdragon X Elite.

Sistem penyejukan ROG GameCool meningkatkan prestasi dengan reka bentuk penyejukan 360° serta bahan terma canggih. Apabila dipadankan dengan AeroActive Cooler X Pro, ia menjamin kawalan haba yang bagus untuk sesi gaming yang lebih lama.

Kredit: ASUS ROG

Paparan E6 AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 185Hz dan teknologi penjimatan kuasa adaptif memberikan pengalaman visual yang lancar dan cekap tenaga. Sistem audio berkualiti tinggi pula menghasilkan bunyi yang imersif, memastikan pengalaman yang sinematik.

Bagi pencipta kandungan, sistem triple-camera menawarkan keupayaan fotografi dan rakaman video yang canggih. Dengan teknologi OZO Audio, telefon ini menangkap bunyi luar dengan jelas serta menyokong audio 3D surround sound.

Kredit: ASUS ROG

Sistem AirTrigger menukar telefon ini menjadi controller yang serba boleh, menyokong gerakan seperti Dual Action, Press and Lift, dan Gyroscope Aiming. Digabungkan dengan aksesori ROG, ROG Phone 9 FE pasti menawarkan pengalaman gaming terbaik.

Ketersediaan

Kredit: ASUS ROG

ROG Phone 9 FE kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,999 melalui semua penjual rasmi ASUS.

Selain itu, ASUS ROG melancarkan kempen khas ROG Phone 9 Epic Raya, berlangsung dari 19 Mac hingga 30 April 2025. Sepanjang tempoh ini, pembeli mana-mana peranti dalam siri ROG Phone 9 akan menerima RM300 kredit eWallet Touch ‘n Go.

Tags: ROG Phone 9 FE
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu Diablo Immortal – Update 3.3 “The Writhing Wilds” Menambah Zon, dan Raksasa Misteri!

Next Post

Set ‘LEGO Pokémon’ Bakal Hadir pada 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Set ‘LEGO Pokémon’ Bakal Hadir pada 2026!

Set 'LEGO Pokémon' Bakal Hadir pada 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd