Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Tubuh Dark Outlaw Games, Diketuai Pakar “Call of Duty” Jason Blundell

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 18, 2025
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Sony Tubuh Dark Outlaw Games, Diketuai Pakar “Call of Duty” Jason Blundell
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment secara senyap telah menubuhkan Dark Outlaw Games, sebuah studio first-party baharu di bawah PlayStation Studios, yang diketuai oleh Jason Blundell.

Dikenali sebagai individu penting di sebalik Call of Duty: Black Ops dan pencipta utama mod Zombies, Blundell mengesahkan kewujudan studio ini dalam satu temu bual bersama wartawan Jeff Gerstmann pada 17 Mac 2025.

Berasaskan di Amerika Syarikat, Dark Outlaw Games masih berada dalam fasa awal, dengan tumpuan utama pada pengambilan bakat dan pembangunan projek pertamanya.

Walaupun butiran rasmi masih dirahsiakan, Blundell menegaskan bahawa keutamaan studio ini adalah menghasilkan game berkualiti berbanding membina gembar-gembur, dengan menyatakan, “Apa yang penting bagi saya ialah game itu sendiri, bukan studio.”

Ini merupakan kerjasama kedua Blundell dengan Sony, selepas penubuhan Deviation Games pada 2021, yang sebelum ini membangunkan IP eksklusif PlayStation sebelum ditutup pada 2024 tanpa sempat melancarkan sebarang game.

Dark Outlaw Games kini membuka lembaran baharu, dengan Blundell menyifatkannya sebagai peluang luar biasa dan satu penghormatan untuk menubuhkan studio first-party di bawah PlayStation.

Walaupun belum ada maklumat rasmi mengenai projek pertama studio ini, pengalaman Blundell mencadangkan ia mungkin akan menampilkan gameplay multiplayer atau aksi, mengambil inspirasi daripada penglibatannya dalam Call of Duty.

Maklumat lanjut dijangka didedahkan apabila studio ini semakin berkembang dan, seperti kata Blundell, “mula melangkah ke hadapan.”

Tags: Dark Outlaw GamesSony
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA “Steam Spring Sale” – Diskaun Besar untuk Game Hebat!

Next Post

Adakah Spec PC “BLEACH Rebirth of Souls” Terlalu Tinggi? Kita Kaji!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Adakah Spec PC “BLEACH Rebirth of Souls” Terlalu Tinggi? Kita Kaji!

Adakah Spec PC "BLEACH Rebirth of Souls" Terlalu Tinggi? Kita Kaji!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd