Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Black Beacon’ Buka Pra-Daftar di iOS/Android, Turut Umum Giveaway!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 5, 2025
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
‘Black Beacon’ Buka Pra-Daftar di iOS/Android, Turut Umum Giveaway!
Share on FacebookShare on Twitter

Penantian hampir berakhir! Black Beacon, sebuah “mythical sci-fi RPG” yang dinantikan ramai, kini dibuka untuk pra-pendaftaran di App Store dan Google Play. Penerbit global Glohow, bersama pembangun Mingzhou Network Technology, meraikan pencapaian ini dengan acara istimewa serta ganjaran eksklusif untuk pemain yang mendaftar awal.

Sempena pembukaan pra-pendaftaran di Google Play dan iOS, Black Beacon mengadakan cabutan bertuah dari 3 hingga 17 Mac 2025. Pemain hanya perlu mengikuti halaman rasmi Black Beacon di Facebook dan X (dahulunya Twitter) serta berkongsi posting acara untuk berpeluang menang.

Sepuluh pemenang bertuah akan dipilih secara rawak—lima daripada komuniti Facebook global dan lima lagi daripada X—dan akan menerima ganjaran eksklusif bernilai $20.

Let's Pre-register Now on App Store and Google Play!

Our pre-registration event for Black Beacon is activated!

💌 Gift from the Library: US$20 (for 5 lucky seers)
📅 Duration: 03.03.2025 – 17.03.2025, 23:59 (UTC+0)

How to seek the truth🔎:
1. Follow the @BB_BlackBeacon… pic.twitter.com/DWbU1bBJZp

— Black Beacon (@BB_BlackBeacon) March 3, 2025

Melangkah Masuk Dunia Black Beacon

Berlatar Bumi alternatif yang suram, Black Beacon mengisahkan kebangkitan monolit hitam misteri, “Beacon”, yang mencetuskan anomali merosakkan realiti di Tower of Babel. Pemain akan berperanan sebagai Seer, seorang individu yang diramalkan akan membongkar rahsia di sebalik kejadian ini dan menyelamatkan dunia daripada kehancuran.

Kredit: Glohow

Tidak seperti RPG mobile biasa yang menggunakan perspektif third-person, Black Beacon menampilkan pandangan isometrik (quarter-view) yang memberikan pengalaman pertempuran pantas dan berasaskan kombo.

Pemain boleh menghubungkan serangan jarak jauh, grapple, dan pergerakan khas untuk mengekalkan momentum serangan. Beberapa mekanik khas turut membolehkan pemain mengabaikan had tenaga dan masa cooldown dalam situasi tertentu.

Kredit: Glohow

Sistem pertukaran watak dan sinergi skil menambah elemen strategi, manakala pertarungan menentang bos gergasi memberikan cabaran sengit. Game ini turut mengandungi sistem gacha untuk mendapatkan watak dan senjata, serta lakonan suara penuh dalam pelbagai bahasa bagi memperkayakan pengalaman penceritaan.

Untuk perkembangan terkini, ikuti Black Beacon di laman web rasmi.

Tags: AndroidBlack BeaconiOS
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Wilds – Panduan Village Meal, Makanan Paling Beruntung Untuk Hunter!

Next Post

Atarashii Gakko, Tatsuya Kitani & Creepy Nuts Bakal Beraksi di Kuala Lumpur pada 26 April

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Atarashii Gakko, Tatsuya Kitani & Creepy Nuts Bakal Beraksi di Kuala Lumpur pada 26 April

Atarashii Gakko, Tatsuya Kitani & Creepy Nuts Bakal Beraksi di Kuala Lumpur pada 26 April

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd