Sudah lebih dari enam tahun sejak Rockstar mengeluarkan Grand Theft Auto V. Kini dengan PlayStation 5 dan Xbox Project Scarlett hampir keluar, butiran terbaru mengenai GTA VI telah mula tersebar atas talian. Segala yang kita tahu tentang game ini menunjukkan bahawa ia mengambil inspirasi daripada siri Netflix Narcos, di mana ramai telah mendakwa bernama Project Americas. Maklumat baru yang dimuat naik ke Reddit minggu ini makin memperkuatkan beberapa pernyataan sebelum, dan mungkin menunjukkan tarikh keluaran potensial untuk GTA VI.
Ahli Reddit CurryLav memuat naik senarai makluat yang didakwa telah diperolehi oleh sumber di Rockstar India. Mereka berkata GTA 6 sudah dalam pembangunan dan membocorkan beberapa maklumat gameplay.
Some reliable info from my source at Rockstar India. from r/GTA6
Setakat ini, maklumat berkata GTA 6 ialah pada skala yang lebih besar daripada Red Dead Redemption. Jika tempoh pembangunannya sama seperti GTA V, judul terbarunya mungkin akan keluar selewat 2026. Walaupun dengan tarikh pelepasannya jauh, Rockstar mempunyai sejarah untuk mengumumkan game GTA beberapa tahun awal sebelum tarikh yang ditetapkan. Kedua-dua GTA V dan GTA IV diumumkan dua tahun sebelum pelancaran. Rockstar mungkin akan menggunakan taktik yang sama kerana ia terbukti sebagai strategi yang boleh naikkan minat.
CurryLav juga menyebutkan dua mekanik gameplay yang mungkin akan digunakan di GTA 6 iaitu sistem cuaca dinamik dan pengakhiran cerita yang banyak.
Maklumat berkata sistem cuaca dan bencana alam seperti taufan, banjir, dan petir akan dimasukkan ke dalam permainan. Ini menunjukkan bahawa pemain perlu bersiap sedia untuk mengelakkan bencana-bencana di atas. Pilihan yang dibuat oleh pemain juga akan membentuk bagaimana permainan ini berakhir. GTA V memberi pemain tiga pilihan yang berbeza untuk bagaimana menamatkan permainan berdasarkan satu keputusan tunggal terakhir. Tidak jelas jika CurryLav maksudkan perkara yang sama untuk GTA VI, atau jika setiap aksi pemain sepanjang permainan akan membawa kepada pengakhiran yang berbeza.
Jika khabar angin ini terbukti tepat, GTA VI akan menjadi satu game open-world yang peminat pasti tergamam main.
Sumber – CurryLav
@gamersantaimy
Discussion about this post