Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Now jatuh harga KAW-KAW! Pelbagai judul hebat ditambah ke dalam senarai!

Malangnya PS Now tidak boleh didapati di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 2, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4
0 0
0
PlayStation Now jatuh harga KAW-KAW! Pelbagai judul hebat ditambah ke dalam senarai!
Share on FacebookShare on Twitter

Harga PlayStation Now telah turun efektif bermula hari ini. Walaupun Sony mempunyai servis game streaming yang paling berjaya, mereka telah mengekalkan nilai harga mereka selama beberapa tahun. Sekarang, Sony telah memberi kita perjanjian yang lebih baik dan membawanya selaras dengan servis lain. Selain itu, Grand Theft Auto V dan tiga lagi game AAA lain telah menyertai perkhidmatan tersebut untuk masa yang terhad.

Berikut adalah harga PlayStation Now yang baru untuk setiap rantau seperti yang dinyatakan pada Blog PlayStation:

  • US
    • $9.99 (RM41.87) – Bulanan
    • $24.99 (RM104.75) – Suku Tahunan
    • $59.99 (RM251.45) – Tahunan
  • CAN
    • $12.99 (RM41.22) – Bulanan
    • $34.99 (RM111.02) – Suku Tahunan
    • $79.99 (RM253.81) – Tahunan
  • EU
    • €9.99 (RM45.78) – Bulanan
    • €24.99 (RM114.53) – Suku Tahunan
    • €59.99 (RM274.93) – Tahunan
  • UK
    • £8.99 (RM46.28) – Bulanan
    • £22.99 (RM118.36) – Suku Tahunan
    • £49.99 (RM257.37) – Tahunan
  • JP
    • ¥1,180 (RM45.85) – Bulanan
    • ¥2,980 (RM115.80) – Suku Tahunan
    • ¥6,980 (RM271.23) – Tahunan

Nilai harga ini membawanya selaras dengan Xbox Game Pass, yang kini berharga $4.99 (RM20.91 – $14.99 (RM20.91) sebulan bergantung kepada perkhidmatan yang kamu beli dari Microsoft. Perlu diingat bahawa PlayStation Now juga mempunyai keupayaan untuk bermain beberapa permainan video PC yang terhad.

Selain daripada harga yang lebih rendah, empat judul terkenal turut menyertai perkhidmatan untuk tiga bulan akan datang ini. Berikut adalah game baru yang kini boleh didapati di PlayStation Now:

God of War

Selepas kemenangannya di atas para dewa, Kratos dan anaknya, Atreus telah menetap di Norway untuk memulakan kehidupan baru. Protagonis kita kini harus menghadapi pelbagai musuh mitos baru bersama bantuan anaknya dalam satu pengembaraan untuk menghormati isteri keduanya.

Grand Theft Auto V

Keluaran terkini dalam francais Grand Theft Auto, ia mempunyai tiga protagonis yang boleh ditukar-tukar dalam kebanyakan misi semasa kamu meneroka Los Santos dan kawasan sekitarnya. Ini juga termasuk akses kepada Grand Theft Auto Online.

Uncharted 4: A Thief’s End

Nathan Drake telah bersara dan dia rindukan kehidupannya yang lama tetapi pertemuan antara ahli keluarganya yang dikatakan sudah lama menghilang menghadiahkan satu pengembaraan baru untuk mencari harta karun lagenda!

PlayStation Now (PS Now) adalah perkhidmatan langganan cloud gaming yang dihasilkan oleh Sony Interactive Entertainment. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menstrim permainan video PlayStation 2, PlayStation 3 dan PlayStation 4 pada PlayStation 4 dan PC. Permainan video PlayStation 2 dan PlayStation 4 juga boleh dimuat turun di PlayStation 4. PlayStation Now kini hanya boleh didapati di Austria, Belgium, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Jepun, Luxembourg, Belanda, Norway, Portugal, Sepanyol , Sweden, Switzerland, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Masih tiada maklumat jika ia akan hadir di Asia Tenggara terutamanya Malaysia kerana pasti ramai di antara kalian yang minat dengan tawaran ini kan? Jangan risau! Akan kami terus laporkan jika ada maklumat baru. Stay tuned kawan-kawan!

Sumber – PlayStation Blog

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God Of WarGrand Theft Auto VPlayStation NowPS NowSony Interactive EntertainmentUncharted 4: A Thief's End
Previous Post

Sambungkan penggunaan DualShock 4 anda dengan segala peranti Apple! Jom lihat cara-caranya!

Next Post

Mobile RPG popular Dragon Quest of the Star bakal dilancarkan untuk GLOBAL pada awal 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Mobile RPG popular Dragon Quest of the Star bakal dilancarkan untuk GLOBAL pada awal 2020!

Mobile RPG popular Dragon Quest of the Star bakal dilancarkan untuk GLOBAL pada awal 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd