Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Pirate Warriors 4 Bakal Hadir di PS5 & Xbox Series dengan DLC Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 12, 2025
in Anime, Artikel, Berita, DLC, Musou, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
One Piece: Pirate Warriors 4 Bakal Hadir di PS5 & Xbox Series dengan DLC Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco dan Omega Force membawa berita gembira untuk peminat One Piece: Pirate Warriors 4 kerana versi PS5 dan Xbox Series X|S akan dilancarkan, walaupun tarikh rasminya masih belum diumumkan.

Versi baharu ini akan merangkumi semua DLC yang telah dikeluarkan setakat ini, dengan tambahan DLC baharu yang sedang dirancang. Pemain juga boleh menyertai tinjauan khas dalam bahasa Inggeris untuk menentukan watak tambahan yang bakal dimasukkan dalam kemas kini akan datang.

Pengumuman ini hadir selepas kejayaan besar game ini, dengan jumlah penghantaran dan jualan digital melebihi empat juta unit sejak pelancaran asalnya.

One Piece Pirate Warriors 4 has officially sold 4 million units worldwide!

🎉A massive THANK YOU to all our amazing fans for your incredible support.
Your passion and dedication have made this journey unforgettable !🙌#OPPW4 pic.twitter.com/wkNArH4ZnK

— Bandai Namco US (@BandaiNamcoUS) February 12, 2025

One Piece: Pirate Warriors 4 menggabungkan kisah dan watak daripada manga dan anime One Piece dengan aksi pertempuran pantas siri Dynasty Warriors. Dibangunkan oleh Omega Force—studio yang terkenal dengan siri Warriors—game ini mula dilancarkan pada 27 Mac 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC.

Jalan ceritanya mengikuti pengembaraan Monkey D. Luffy dan kru Straw Hats melalui pelbagai saga dalam One Piece, dengan fokus utama pada arc Wano Country, yang masih dalam peringkat awal penerbitan manganya ketika game ini dilancarkan. Selain memaparkan peristiwa asal, game ini turut menambah elemen cerita baharu bagi disesuaikan dengan gameplay.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Pemain boleh mengawal pelbagai watak dari dunia One Piece, setiap satu dengan abiliti dan serangan unik. Sistem pertarungan menampilkan pertempuran berskala besar, di mana pemain perlu menggunakan komb, dan serangan hebat untuk mengalahkan gelombang lawan.

Selain mod cerita utama, Pirate Warriors 4 menawarkan misi tambahan, cabaran, dan mod Treasure Log yang membolehkan pemain mengalami semula detik-detik penting dalam saga One Piece dengan pelbagai kesimpulan berbeza.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Game ini juga menyokong mod co-op secara lokal dan online, membolehkan pemain bekerjasama dalam misi yang mencabar. Dari segi persembahan, game ini menampilkan barisan pelakon suara asal dari versi Jepun, memberikan pengalaman yang lebih autentik.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dengan pelancaran versi PS5 dan Xbox Series yang akan datang, peminat boleh menantikan pengalaman yang lebih dipertingkatkan. Jangan lupa sertai tinjauan pemilihan watak dan nantikan kemas kini terbaru mengenai DLC baharu!

Tags: DLCOne Piece: Pirate Warriors 4ps5Xbox Series
ShareTweetSend
Previous Post

Demo “The Hundred Line – Last Defense Academy” Akan Bermula 19 Februari!

Next Post

Dragon Ball Daima Rupanya Dicipta Sebagai “Remake” Kepada GT, Menurut Produser Anime!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Dragon Ball Daima Rupanya Dicipta Sebagai “Remake” Kepada GT, Menurut Produser Anime!

Dragon Ball Daima Rupanya Dicipta Sebagai "Remake" Kepada GT, Menurut Produser Anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd