Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Duet Night Abyss: Pendaftaran “Closed Beta Test” Kini Dibuka di PC & Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2025
in Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Duet Night Abyss: Pendaftaran “Closed Beta Test” Kini Dibuka di PC & Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun Pan Studio, yang sebahagian daripada Hero Games, telah membuka pendaftaran untuk Closed Beta Test bagi RPG aksi fantasi 3D mereka, Duet Night Abyss. Pendaftaran dibuka sehingga 10 Februari, di mana ujian beta ini tersedia untuk pemain yang menerima jemputan di PC dan mobile.

Pengumuman ini turut disertakan dengan trailer baharu yang menampilkan pelbagai ciri terkini, termasuk “weapon coloring customization”, “pet companion”, dan “mod cooperative multiplayer”.

Dunia Sarat dengan Pertempuran dan Penjelajahan

Dalam Duet Night Abyss, pemain akan memasuki dunia di mana sihir dan teknologi wujud bersama, memainkan peranan sebagai dua protagonis dengan latar belakang yang berbeza.

Kredit: Pan Studio

Anda akan menemui pelbagai makhluk iblis dengan perspektif mereka sendiri, bertarung tanpa henti, dan menjelajah dunia untuk membongkar kebenaran di sebalik takdir. Matlamat utama anda? Mengakhiri penderitaan yang menghantui dunia ini.

Dalam pertempuran, pemain bebas untuk bertukar antara senjata jarak dekat dan jarak jauh, menghapuskan batasan satu kelas senjata. Pilih daripada pelbagai senjata unik, seperti “whipblade”, “crossbow”, atau malah senjata berat berteknologi tinggi seperti “sniper rifle”, “grenade launcher”, dan “hover gun”.

Kredit: Pan Studio

Gabungan senjata ini membolehkan anda mencipta gaya pertarungan tersendiri yang sesuai dengan strategi pilihan anda.

Pertarungan Berkelajuan Tinggi dengan Bersifat Bebas

Pertempuran dalam Duet Night Abyss menekankan kelajuan dan kepelbagaian. Pemain boleh menyerang musuh dari jauh, bertarung dalam jarak dekat, serta melancarkan serangan udara dan serangan darat.

Kredit: Pan Studio

Selain daripada pertempuran sengit, game ini juga merangkumi pelbagai elemen strategi, seperti misi menjejak, penyamaran, dan operasi menyelamat. Sistem pergerakan yang dinamik turut memberikan lebih banyak pilihan kepada pemain dalam meneroka dunia.

Kredit: Pan Studio

Gunakan teknik seperti “helix leap”, “slide”, dan “double jump” untuk bergerak dengan pantas di pelbagai kawasan, termasuk melayang di udara, melompat tembok, dan melakukan aksi yang luar biasa ketika mengatasi cabaran.

Bagaimana untuk Menyertai Ujian Beta?

Selain menjawab soal selidik dan mendaftar di laman web rasmi, terdapat pelbagai cara lain untuk mendapatkan akses ke Closed Beta Test. Pemain digalakkan untuk mengikuti Duet Night Abyss di X (Twitter) dan menyertai acara komuniti untuk meningkatkan peluang menerima jemputan.

Duet Night Abyss First Closed Beta Test Recruitment Calendar

✦ Recruitment Duration
Jan 13, 2025, 10:00—Feb 10, 2025, 23:59 (UTC+8)

✦ How to Qualify
1. Fill out the recruitment questionnaire to participate:https://t.co/XrjdjzSu9J
※Please make sure to use your regular email… pic.twitter.com/1UAW3YUCI8

— DuetNightAbyss (@DNAbyss_EN) January 13, 2025

Tambahan pula, pemain boleh mengambil bahagian dalam acara laman web “Fina’s Letter of Sweet Dreams”, di mana mereka berpeluang memenangi hadiah eksklusif dan mendapatkan akses awal ke ujian beta.

You must have received the letter from Fina.
Filled with deepest wishes, it carries the magic to make dreams come true.
Now, open it and accept the sincere wishes from the fairyland.

Web Event "Fina's Letter of Sweet Dreams" Starts! Participate in the event to win the 1st Closed… pic.twitter.com/QwCnoY1leU

— DuetNightAbyss (@DNAbyss_EN) January 13, 2025

Mereka yang berjaya akan menerima e-mel dengan arahan lengkap mengenai sesi ujian setelah tempoh pendaftaran berakhir. Untuk maklumat lanjut mengenai keserasian peranti dan keperluan penyertaan, pemain boleh merujuk FAQ rasmi di laman web.

Tarikh Duet Night Abyss “Closed Beta Test” akan diumumkan kemudian. Jangan lupa untuk mengikuti Duet Night Abyss di X bagi mendapatkan berita dan kemas kini terkini!

Tags: closed beta testDuet Night Abyss
ShareTweetSend
Previous Post

Lima Sebab Mengapa Gamer Wajib Suka POCO X7 Series!

Next Post

Mai Shiranui Menyertai Street Fighter 6 Bermula 5 Februari! Info Lengkap Move Set!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

eFootball World Festival – Agüero Buat Kemunculan Sulung, Taktik Baru & Juara Dunia Esports
Berita

eFootball World Festival – Agüero Buat Kemunculan Sulung, Taktik Baru & Juara Dunia Esports

July 27, 2026
Pra-Pendaftaran Monster Hunter Outlanders Kini Dibuka Melalui Garena
Mobile

Pra-Pendaftaran Monster Hunter Outlanders Kini Dibuka Melalui Garena

July 27, 2026
Filem Black Panther 3 Akan Tayang Disember 2028; David Jonsson Pegang Watak Anak T’Challa
Filem

Filem Black Panther 3 Akan Tayang Disember 2028; David Jonsson Pegang Watak Anak T’Challa

July 27, 2026
Next Post
Mai Shiranui Menyertai Street Fighter 6 Bermula 5 Februari! Info Lengkap Move Set!

Mai Shiranui Menyertai Street Fighter 6 Bermula 5 Februari! Info Lengkap Move Set!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd