SEGA telah mengeluarkan maklumat terbaru tentang pelbagai aktiviti dan cerita sampingan dalam Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii, yang akan dilancarkan pada 21 Februari 2025 untuk PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, dan Steam. Berikut adalah info lengkap:
Minato Girls: Berparti Bersama Gadis-Gadis Minato
Apabila dapat tahu rakan sekapalnya, Masaru, ingin berjumpa dengan Minato Girls, Kapten Majima mengambil inisiatif untuk menjadikan impian itu kenyataan. Anjurkan pesta yang tidak dapat dilupakan, bergaul dengan lima wanita cantik, dan cuba dapatkan maklumat mereka!
- Ena (Dibintangi Enako)
- Seorang cosplayer terkenal yang bangga menjadi sebahagian daripada komuniti ini. Dia juga mempunyai sisi yang agak serius.

- Seiko (Dibintangi Seiko Kirishima)
- Model acara perlumbaan yang ramah dan mesra, tetapi kecantikannya yang luar biasa membuatnya sukar didekati.

- Kaho (Dibintangi Kaho Shibuya)
- Seorang penulis yang sering mengadakan seminar. Kepintarannya dan keanggunannya membuatnya sangat menarik, tetapi dia juga mempunyai rahsia.

- Ai (Dibintangi Ai Hongo)
- Pelakon filem dewasa yang popular. Sikapnya yang mesra dan ingin tahu menjadikannya lebih memikat.

- Misoshii (Dibintangi Misoshiru)
- Seorang streamer yang fokus pada video gaming. Dia sentiasa mencipta cara baharu untuk menghiburkan peminatnya.

Karaoke
Selain lagu tema Goro Pirates dan lagu idol baharu, beberapa lagu kegemaran kembali! Karaoke juga boleh dinikmati di atas kapal anda.
- Lagu:
- Song of Departure -Journey to the New World-
- The Sun at 36.5°C
- Midnight Desire
- The Goro Pirates Theme
- Get to the Top!
- 24-Hour Cinderella

Crazy Delivery
Hantar makanan dengan gaya di jalan-jalan sesak Hawaii untuk mendapatkan wang. Anaconda Shopping Center diperkenalkan sebagai lokasi penghantaran baharu.

Dragon Kart
Permainan lumba Dragon Kart datang ke Hawaii buat kali pertama! Bertanding melawan musuh dalam mod baharu yang mencabar. Hancurkan lawan dengan pelancar roket dan jadi yang terbaik di seluruh Hawaii!

Gayakan Goro Majima Mengikut Pilihan Anda
Hiasi Goro Majima dengan lebih 200 pilihan pakaian, daripada pakaian klasiknya hingga kostum idol yang mencolok mata. Anda juga boleh menyesuaikan gaya rambut, penutup mata, tindikan, dan banyak lagi.

Mainkan Tajuk Klasik di Master Sytem dan Arked lain di sekitar Hawaii!
Permainan underwater shooter The Ocean Hunter kini tersedia di pusat arked! Selain itu, tajuk klasik seperti Poseidon Wars 3-D, Space Harrier 3-D, dan Star Jacker kini boleh dimainkan di Master System.

Hiburan Lain
Anda juga boleh berseronok dengan Bang Bang Batting Center, Sicko Snap, Vocational School, dan banyak lagi aktiviti lain!
Substory
If I Weren’t An Idol: Majima bertemu seorang pemuda yang ragu-ragu untuk menyertai lawatan bas seorang idol. Dia merasakan bahawa pemuda itu jatuh cinta tetapi terlalu takut untuk bertindak, jadi dia memutuskan untuk membantu lelaki itu mendapatkan keyakinan. Namun, apa yang bermula sebagai pengalaman menyeronokkan dengan sekumpulan peminat idola bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka.

Getting With The Times: Pirates and Compliance: Majima berkenalan dengan seorang kapten yang kehilangan kepercayaan anak kapalnya kerana kaedah lamanya. Mereka perlu menjalani latihan pematuhan untuk menjadi kapten yang lebih baik. Adakah Majima dan rakannya bersedia untuk menyesuaikan diri dengan zaman moden?

Untuk maklumat lanjut tentang Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post