Zaman sekarang ini, teknologi dimana-mana seinggalah terjebak kepada anak-anak yang masih bersekolah. Dahulu ramai pelajar yang kerap ke ‘cyber cafe’, kini ibu bapa membeli laptop atau PC Gaming dan terus membuat mereka rasa berminat untuk mencuba bermain permainan didalam PC. Bukan untuk menghalang, tetapi ianya adalah hiburan untuk anak-anak cuma jangan sesekali benarkan mereka menjadi terlalu obses kerana mereka masih perlu fokus terhadap pembelajaran.

Perbezaan zaman sekarang dan dahulu ternyata tersangatlah berbeza. Tetapi ada baiknya jika anak anda bermain didalam rumah dan senang untuk anda memantau. Siapa sahaja tidak suka bermain game kan? Silap-silap kita sebagai IbuBapa turut serta bersama anak-anak untuk bermain permainan. Tetapi dalam permainan zaman sekarang ini terlalu banyak atas talian, memang senang tarik perhatian pengguna terutama dalam sesi pembelian atas talian, juga perkenalan bersama pemain lain dalam talian. Segala tingkah laku ini agak membahaya terutama ianya akan menjebak anak-anak kita untuk menggunakan bahasa kasar yang tersebar atas talian!

Bukan itu sahaja, kita juga risau jika permainan yang dimuat turun adalah bertentangan dalam kehidupan, atau tidak sesuai untuk kanak-kanak terutama untuk permainan yang sesuai untuk 18tahun keatas sahaja!
Jadi hari ini kami akan kongsikan sedikit panduan bagi ibu bapa yang menghadap anak-anak yang berminat dengan PC Gaming. Bukan itu sahaja, beberapa senarai game yang sesuai untuk anak-anak anda pun kami kongsikan terutama bagi yang bersekolah rendah. Jom usha!
Peranan sebagai IbuBapa

- Sentiasa pantau secara sepintas kilat! Ingat anak-anak ni kadang-kadang degil, bukan selalu nak bagi kita ganggu mereka bermain, jadi anda boleh rajinkan diri pantau media sosial mereka serta akaun permainan mereka untuk segala kemaskini mereka. Jika kesemua permainan yang dimainkan positif, anda memang bertuah dapat anak sebegitu. Jika tidak, inilah peranan anda sebagai ibubapa untuk berkias dan nasihat kepada mereka.
- Perlukah BAN anak-anak yang degil? Mestikan dari sesi pantau mereka tadi, ada permainan yang agak tidak senangkan hati anda. Selalunya dari rakan permainan yang mengajar anak-anak bermain permainan ini. Jawapanya;
- Sentiasa sembang pasal game! Nak masuk kelompok anak-anak muda sekarang mudah, bayangkan dalam dunia mereka, sentiasa sembang pasal permainan kepada mereka, kongsi cerita permainan zaman dulu hingga kini, selami dunia mereka dengan bincang topik-topik game menarik. Juga beritahu pasal bagusnya sesebuah permainan contohnya seperti Fortnite yang mengandungi kemaskini yang membosankan~ Contoh~ Jadi dari situ mereka mungkin akan terhibur! Dalam perkongsian sebegini akan membina perhubungan kekeluargaan.
- Kawalan? Sebagai pendekatan untuk mengawal apa yang boleh diakses oleh anak-anak anda, beberapa platform di PC mempunyai kawalan ibu bapa. Seperti Steam’s Family View boleh menyekat kanak-kanak melihat store, kawan dan sembang, kandungan yang dihasilkan pengguna dan mempunyai profil awam. Begitu juga, Microsoft mempunyai Kawalan Ibu Bapa untuk permainan membeli-belah Microsoft Store.

Apa yang penting, kurangkan kawal permainan apa yang mereka mainkan, sebaliknya lebih banyak menjadi sebahagian daripada apa yang mereka mainkan!
Kandungan Permainan
Ia kami tahu ibu bapa sangat risau dengan permainan yang terlalu ganas atau mempunyai kandungan seksual. Apa yang kita nak lakukan dengan pekara ini?
- Panduan terbaik – Anda boleh cuba menggunakan aplikasi ini Common Sense Media. Dalam apps ini terdapat diskripsi pendek, rating dan kandungan sensitif yang dikongsikan dan senang untuk anda ketahui. Mudah kan?
- Nasihat Industri – Nak tahu sesebuah permainan mempunyai penarafan apa? Adakah PEGI atau 18+? Okay anda boleh lihat di laman web ERSB, mudah nak guna cari sahaja permainan yang anda nak tahu, terus keluar! Lagi satu Ask About Games, mempunyai beberapa panduan yang mendalam dan sangat baik untuk permainan arus perdana tertentu seperti Apex Legends.
- Laman web umum keluarga – Anda boleh lihat di Geek Mom atau Geek Dad, kat sini banyak perkongsian untuk permainan yang anak anda tidak harus bermain atau bagus, dan ramai yang akan membantu memberi idea untuk perkongsian permainan yang berpotensi untuk keluarga anda.
Pembelian dalam talian
Ini memang wajib dipantau agak anak-anak tidak terlebih obses dengan pembelian yang melampau. Cuba membeli permainan yang ada musim diskaun, kawal kad kredit anda dari senang diguna. Perhatikan apa yang mereka nak beli.
Media Sosial
Ada antara ibu bapa yang tidak pasti siaran laman sosial mana yang menjadi minat para gamers dan mungkin yang membuatkan anak anda terjebak dalam dunia ini. Sebab dari laman-laman sebegini, terdapat pelbagai gangguan, tingkah laku kasar, dan mendedahkannya kepada idea, perkauman, seksis, atau berbahaya, yang semestinya tidak sesuai untuk anak-anak kita. Tapi dalam kebanyakkan platform seperti Steam, Twitch membenarkan anda untuk menutup ciri sosial supaya kanak-kanak boleh bermain atau menonton tanpa mengalami aspek sosial mereka.

Jadi bagaimana dengan platform lain yang mungkin akan mencemar mereka? Jom lihat sini;
- Discord – Discord ini adalah chat untuk para gamers untuk mengongsikan pelbagai kemaskini atau segala tentang permainan. Pelbagai saluran terdapat didalam Discord. Terdapat beberapa ciri ibu bapa (saluran yang ditandakan NSFW akan dikunci untuk pengguna muda), tetapi jika anda membenarkan anak anda menggunakan Discord (terma dan syarat rasmi memerlukan 13 tahun keatas), perhatikan channel yang mereka sertai. Juga, perhatikan bahawa Discord mengimbas perpustakaan permainan pengguna dan melaporkan apa yang mereka bermain di profil mereka. Anda mungkin mahu mematikannya.
- Youtube dan Twitch – Kedua ini mempunyai kawalan ibu bapa. Tetapi perhatikan jika anak anda langgan channel streamers, mereka sering menggunakan ayat yang kasar dan mungkin akan membuatkan anak anda terjebak juga ada yang scammers! Lagi satu, jika anak anda ingin mencuba stream, galakkan sahaja! Mana tahu pendapatan mereka dapat membantu keluarga anda kelak!
Okay anda puas hati tak dengan perkongsian ini? Sesetengah permainan memberi contoh kebaikan permainan PC yang lebih baik daripada yang lain. Berikut adalah senarai permainan di PC yang akan membantu anak-anak anda membesar menjadi pemain PC yang baik.
Jadi kat bawah ini adalah beberapa senarai permainan PC yang sesuai untuk anak-anak anda.

Minecraft , Apex Legends, Totally Accurate Battle Simulator, Besiege, Kerbal Space Program , The Sims 4 , Stardew Valley , Civilization 6, Overwatch, Lego City Undercover, Overcooked 2, RE: Legend, Rocket League, Roblox dan banyak lagi!
Jadi harap artikel ini dapat membantu ibubapa seperti anda. Terus sokong dunia anak anda, dalam cara yang positif. Jangan terlalu kawal dan jangan terlalu biarkan hingga anak-anak menjadi obses, nerd dan geek!
@gamersantaimy
Discussion about this post