Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Baharu “Gundam GQuuuuuuX” Diumumkan, Dibuat Oleh Studio Evangelion!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 4, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Gunpla
0 0
0
Anime Baharu “Gundam GQuuuuuuX” Diumumkan, Dibuat Oleh Studio Evangelion!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam acara Gundam Conference Winter 2024 hari ini, kami dikejutkan dengan berita Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX (disebut “G-quax”), sebuah kolaborasi anime baharu antara Khara dan Sunrise. Siri ini, yang ditulis oleh pencipta legenda Hideaki Anno (Neon Genesis Evangelion) dan Yoji Enokido (FLCL), dijangka menjadi tambahan revolusi kepada francais Gundam.

Trailer pengumuman khas, kini tersedia di YouTube, memaparkan rekaan mobile suit yang, pertempuran sengit, dan sekilas pandang kepada watak utama.

Sebelum disiarkan di televisyen Jepun, beberapa episod awal Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX akan ditayangkan di pawagam dalam versi suntingan semula bertajuk Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX -Beginning- pada 17 Januari 2025.

Projek ini menampilkan pasukan kreatif elit. Diarahkan oleh Kazuya Tsurumaki (FLCL), anime ini mempersembahkan reka bentuk mecha oleh Ikuto Yamashita (Evangelion) dan reka bentuk watak oleh ilustrator terkenal yang pernah bekerja untuk Katanagatari dan Pokémon Sun & Moon.

Sinopsis

Kredit: © SOTSU・SUNRISE

Berlatarbelakangkan sebuah koloni angkasa, siri ini mengikuti perjalanan Amate Yuzuriha, seorang pelajar sekolah menengah yang kehidupannya yang damai berubah apabila dia bertemu Nyaan, seorang pelarian perang. Amate terjebak dalam dunia bawah tanah duel mobile suit haram yang dikenali sebagai “Clan Battle.” Dengan nama samaran “Machu,” dia bertarung dengan menggunakan mobile suit GQuuuuuuX.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Amate bertemu Shūji, seorang pemuda misteri yang memandu sebuah Gundam tidak dikenali yang diburu oleh pasukan angkasa dan pihak polis. Pertemuan ini membawa Amate ke dalam konflik yang melampaui gelanggang duel.

Barisan pelakon utama termasuk:

  • Tomoyo Kurosawa sebagai Amate Yuzuriha
  • Yui Ishikawa sebagai Nyaan
  • Shimba Tsuchiya sebagai Shūji Itō

Buat masa ini, GQuuuuuuX adalah satu-satunya mobile suit yang disahkan, dan tampil sebagai fokus utama untuk siri ini. Bukan itu sahaja, model kit High Grade 1/144 juga telah diperkenalkan untuk GQuuuuuuX. Selain itu, barisan produk lain seperti plushie chibi dan figura mini Figuarts turut diumumkan dalam siaran langsung tersebut.

Peminat boleh menantikan Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX, kerana teaser di atas juga mengusik bahawa maklumat tentang pelancaran global akan didedahkan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeGundam GQuuuuuuX
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Two Point Museum – Daripada Fosil ke Fantasi!

Next Post

Pengalaman Mengasyikkan Di “GUNDAM NEXT FUTURE PAVILION/-FINAL-“

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pengalaman Mengasyikkan Di “GUNDAM NEXT FUTURE PAVILION/-FINAL-“

Pengalaman Mengasyikkan Di "GUNDAM NEXT FUTURE PAVILION/-FINAL-"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd