Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman bermain IRONMAN VR- Ternyata ianya bukan permainan yang memudahkan tapi seronok!

Ya kami dah cuba haritu! Sonok gak ar, cuma payah!

Nyny.A by Nyny.A
September 24, 2019
in Artikel, Berita, PS4, Review
0 0
0
Pengalaman bermain IRONMAN VR- Ternyata ianya bukan permainan yang memudahkan tapi seronok!
Share on FacebookShare on Twitter

Masih ingat dengan hero Marvel kegemaran si Iron Man hadir dengan versi permainan VR untuk PlayStation 4? Iya kami juga telah mengongsikanya beberapa kali! Kali ini yang menariknya kami sendiri dapat mencuba Iron Man VR ni geng! Sebenarnya percubaan kami ini pada awal bulan lalu di Penang Esports Festival 2019, tetapi sayangnya gameplay kami tidak dapat rekodkan. Apapun jom selami dunia Iron Man VR!

Iron Man VR merupakan sebuah permainan menembak VR yang dibangunkan oleh studio permainan Camouflaj dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment. Berdasarkan daripada watak superhero Marvel Comics – Iron Man, permainan ini secara eksklusif hadir untuk Sony PlayStation VR headset.

Sedia untuk terbang~

Pemulaan permainan~

Dalam Iron Man VR ini, kita memegang watak sebagai Tony Stark si pencipta genius untuk menentang segala angkatan yang cuba menghancurkanya. Dengan menggunakan keseluruhan penggerakan VR, kita akan berhadapan dengan sekutu ikonik dan ‘Super Villains’ sambil terbang di seluruh dunia untuk menyelamatkan Stark Industries dan dunia!

Jadi, disini kami mencuba gameplay selama 10 minit. Dalam 10 minit awal permainan ini kita diajar untuk mengawal penggerakan penerbangan Iron Man menggunakan Move Motion PlayStation VR. Berpijak di satu kawasan tertentu, anda bergeraklah 360° untuk teroka dunia Iron Man yang berdekatan dengan rumah agam Tony Stark sendiri. 

 

Cara penggerakkan pernerbangan adalah dengan tangan kebawah untuk mengaktifkan burst penerbangan seperti Iron Man yang hadapkan tanganya ke tanah untuk burst ke bahagian tinggi untuk terbang. Kawalan untuk pengerakan Iron Man ketika terbang agak sukar, kerana ada kalanya kita akan menjadi terlalu laju dari tempat yang ditujui, dan perlu membuat pusingan semula ke tempat tujuan.

Untuk membawa diri kedalam kawasan kecil seperti didalam gua, memang kena bersiap sedia untuk terlanggar batu sempit di sekeliling gua! Cara untuk mengurangkan kelajuan, lepaskan sahaja pencetus di kawalan move motion. Dengan lepaskan ianya akan membawa Iron Man bergerak kearah bawah dan jika terbang semula, ia akan lari kawalan sedikit dan terlepas kawasan tujuan.

Keseronokan dalam permainan~

Dalam percubaan permainan ini, yang menarik adalah rasa sendiri terbang ke udara seperti betul-betul terjadi ibarat Iron Man! Juga yang dititik berat adalah cara menyerang seperti menembak dan menumbuk memang agak seronok!

Kawalan menembak agak senang untuk dikawal. Kita harus pergi ke kawasan tajuan yang ditandakan, gerakkan tangan kita ke lingkaran sasaran dan anda boleh menembak dengan menekan butang kawalan. Kemudian ada juga lingkaran sasaran yang perlu tumbukan kita untuk lepas dari kawasan, bezanya dengan kawalan tembakan, anda harus menekan butang kawalan dua kali sambil menggerakkan tangan dengan gaya menumbuk ke sasaran.

Iron Man VR tidak akan menjadi permainan mudah untuk anda! 

Kepada sesiapa yang mempunyai PlayStation VR pasti tahu kesukaran bermain permainan VR. Untuk Iron Man VR, ianya ibarat dua kali lebih sukar dari permainan lain. Penggerakan 360° memang terasa terhad mungkin sebab kita mencuba di tempat pameran, jika di rumah mungkin lebih bebas sikit penggerakan anda. 

Juga disebabkan penggerakan 360° ini, jangan tanya kenapa kalau wayar headset VR anda terbelit-belit dibadan anda, sampai terpijak dan membuatkan headset VR anda tertarik dan tercabut! 

Grafik

Iron Man VR memang patut dipuji dari segi grafiknya! Nampak agak realistik dari udara ke tanah hingga ke sut Iron Man memang memuaskan. Anda terbang setinggi mana pun atau masuk kedalam celah gua, anda akan nampak keseluruhan pemandangan tersangatlah cantik! Tekstur dan landskap juga sangat baik untuk dilihat di HUD.

Audio

Bunyi audio dalam permainan agak menarik, kita boleh mendengar bunyi Iron Man terbang, boosting, menembak, menumbuk dengan jelas! Juga terdapat suara pembantu AI yang sentiasa membantu kita (Iron Man), juga suara Pepper Potts ketika dia telefon secara digital yang tersambung pada paparan skrin sut Iron Man untuk informasi mengenai misi yang Iron Man harus selesaikan.

Kesimpulanya~

Disebabkan ini hanya percubaan permainan 10 minit, tidak dapat lah kami menceritakan pengalaman keseluruhan permainan. Ianya memang sebuah permainan yang sukar dikawalkan tetapi sangat menyeronokkan kerana dapat menjadi Iron Man yang beserta dengan pemandangan, grafik, bunyi dan misi yang menarik untuk diselesaikan! Kalau anda pengguna PlayStation VR, ini memang permainan yang anda tidak boleh lepaskan!

Sumber gambar: Marvel Iron Man VR

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Iron Man VR ReviewMarvelMarvel Iron ManMarvel Iron Man VRPandangan PertamaPandangan pertama Iron Man VRreview
Previous Post

Bantuan diperlukan untuk menangkap LANUN CETAK ROMPAK yang merakam ONE PIECE STAMPEDE di Pawagam!

Next Post

[#StateofPlay] Penantian telah berakhir! Ellie akan kembali 21 Febuari 2020 di The Last of Us Part II!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[#StateofPlay] Penantian telah berakhir! Ellie akan kembali 21 Febuari 2020 di The Last of Us Part II!

[#StateofPlay] Penantian telah berakhir! Ellie akan kembali 21 Febuari 2020 di The Last of Us Part II!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd