Seperti yang anda semua tahu, kami ada mengongsikan bahawa filem anime kegemaran orang ramai ONE PIECE STAMPEDE yang baru ditayangkan minggu lalu di GSC Malaysia. Pekara yang kami dengar hari ini, adalah sesuatu yang memalukan nama negara dengan pembuatan terkutuk merakam filem tersebut di pawagam! Satu perkongsian oleh ODEX Malaysia & Brunei di Facebook mereka boleh rujuk disini;
Dear allIt has come to our attention that someone has posted on YouTube a video clip from ONE PIECE STAMPEDE movie, we…
Posted by ODEX Malaysia & Brunei on Tuesday, September 24, 2019
Melalui perkongsian ini, filem ONE PIECE STAMPEDE telah dirakam secara haram oleh lanun cetak rompak dan dikongsikan di laman Youtube dan telah dipastikan ianya adalah dari pawagam Malaysia. Kami memerlukan bantuan anda untuk menghentikan rakaman video di dalam pawagam.
Pasaran filem anime di Asia Tenggara adalah sangat kecil berbanding dengan negara-negara seperti Jepun, Korea, China, Taiwan, Amerika Syarikat dan Eropah. Jika lebih banyak filem dirakam secara haram dari pawagam di Asia Tenggara, pemilik hak cipta Jepun pasti akan berhenti bekerjasama dengan Malaysia sepenuhnya demi melindungi pasaran mereka lantas kami akan melihat pengakhiran siaran filem anime di Asia Tenggara.
Mohon semua bantu hentikan gejala negatif ini! Jika kamu melihat seseorang sedang merakam, sila beritahu mereka untuk berhenti dan memadamkannya – tidak kisah jika kamera atau telefon pintar. Selain itu, kamu boleh hubungi ODEX Malaysia dan Brunei jika kamu melihat filem anime dirakam. Dengan bantuan anda, pasti kami boleh terus kekal menonton filem anime terbaik di pawagam tempatan Malaysia!
Sumber – ODEX Malaysia & Brunei
@gamersantaimy
Discussion about this post