Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FIFA 20 Review – Pengalaman yang lebih realistik di atas padang!

Permainan yang lebih lancar, futsal, dan Career Mode yang lebih memuaskan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 20, 2019
in Berita, Origin, PC, PS4, Review, Xbox One
0 0
0
FIFA 20 Review – Pengalaman yang lebih realistik di atas padang!
Share on FacebookShare on Twitter

FIFA 20 ialah sebuah permainan video simulasi bola sepak oleh Electronic Arts dan kekal menjadi kegemaran untuk setiap peminat bola sepak sehingga hari ini. Tetapi saya tidak kata ia sempurna. Kebebasan pemain dan sistem permainan sentiasa menjadi masalah di FIFA. Daripada struktur Career Mode, kekurangan kepada Player Customization dan mode-mode lain di dalam FIFA.

Tetapi tahun ini, nampaknya FIFA 20 datang dengan beberapa perubahan besar. Kam akan lihat perubahan besar yang jauh menjangkaui nilai estetik dan sistem permainan. Kembalinya street football seperti FIFA Street, sistem permainan yang lebih mantap dan perubahan kepada Career Mode yang akhirnya membuat FIFA 20 berbaloi untuk dimainkan.

FIFA Street kembali di dalam bentuk Volta!

Pada tahun 2005, FIFA Street sangat-sangat terkenal dan lebih popular daripada FIFA 2005. Jadi, memang saya terkejutlah apabila FIFA mengumumkan Mode Street-Football baru yang dipanggil Volta. Volta telah menggantikan The Journey, story mode yang termasuk dalam tiga judul sebelum ini. Kamu akan mengawal pemain sendiri melalui satu pengembaraan bola sepak yang bakal menggegarkan dunia.

Lokasi kelihatan autentik dan unik, daripada lampu yang mempesonakan di dalam gelanggang, cahaya bandarTokyo ketika bermain di atas bangunan, hingga ke gelanggang kotor di pinggir bandar. Permainan juga sangat berbeza, dengan bola yang dipantul daripada pagar menambah dinamik baru dalam permainan. “Volta” bermaksud kembali di dalam bahasa Portugis, dan memang saya mengalukan kehadiran mode baru ini.

Melambatkan rentak untuk satu realisme yang menyerupai permainan bola sepak sebenar!

Walaupun kelajuan dan agresif merupakan kualiti yang penting dalam bola sepak, EA telah membuat keputusan menarik untuk melambatkan tempo dan ritma. Pemain kegemaran bola sepak kamu akan lebih perlahan di atas padang dan mengambil sedikit masa untuk melaksanakan kemahiran dan skill mereka.

Melambatkan rentak permainan akan memberikan masa yang lebih banyak untuk pemain membuat keputusan penting pada saat genting, serta menjadikan game ini lebih dekat dengan realiti. Ia juga membuat Volta lebih mudah sebagai street football memberi fokus kepada kemahiran dan skill untuk mengalahkan lawan di dalam gelanggang.

Career Mode yang lebih banyak kandungan dan pilihan pemain menentukan kemenangan!

Juga antara ciri yang terdapat di The Journey, pengurus akan menghadiri persidangan akhbar di mana wartawan akan melontarkan soalan yang bergantung prestasi pasukan kamu sepanjang musim. Setiap persidangan akan berasa segar dan unik – sekurang-kurangnya untuk beberapa musim pertama. Pengurus juga dapat berinteraksi dengan pemain secara langsung, mengaturkan latihan merekadan berapa banyak masa mereka boleh bermain. Bagaimana kamu berinteraksi, memberi kesan kepada semangat dan prestasi mereka di atas padang.

FIFA 20 memaksa pemain untuk mempertimbangkan keperluan pasukan pada masa depan dengan sistem Player Potential yang ketat. Pemain berbakat muda seperti Christian Pulisic atau Vinicius Junior memerlukan masa di atas padang untuk membangun, jika tidak, statistik mereka akan cepat merosot dan semuanya menjadi sia-sia.

Untuk mengatasi ini, kamu juga akan melihat pemain hebat mengekalkan statistik tinggi mereka meskipun sudah menjangkaui usia 30 tahun. Kamu tidak perlu terlalu risau tentang rating 90+ Ronaldo. Beliau akan menyimpan statistiknya lebih lama selagi dia beraksi dengan cemerlang di padang. Jangan takut untuk mainkan pemain muda kamu di atas bangku simpanan itu.

Kesimpulan?

Selain daripada menjadi salah satu francais permainan video sukan yang paling berjaya sepanjang masa, dan mengeluarkan satu judul setiap sejak tahun 1993, saya yakin FIFA 20 akan menjadi salah satu permainan video yang paling popular tahun ini dengan penambahan ciri-ciri baru ini. FIFA 20 akan keluar pada 24 September di pelantar PS4, Xbox One, PC bagi mereka yang pre-order dan pada 27 September 2019 untuk seluruh dunia. Apa lagi? Pilihlah pasukan feveret dan main bersama member-member sekalian!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

FIFA 20

80% Score

Game yang meningkatkan content dan mengubah sistem permainan kepada satu pendekatan yang lebih taktikal dengan tumpuan kepada build-up play. Ia memaksa kamu menjadi lebih kreatif dan bukannya bergantung kepada satu teknik.

Review Breakdown

  • Selain daripada mengembalikan permainan street football, pelbagai mode diberi nafas baru dan keseronokan yang segar. 0%
Previous Post

4 Siri HUAWEI MATE30 dilancarkan dengan 5G, 8-12 GB RAM, Storan 256GB , Kirin 990 chipset Memang padu hingga terkilan!

Next Post

Pengalaman Santai di Kafe Kolaborasi Another Eden, SYIOKK habis!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pengalaman Santai di Kafe Kolaborasi Another Eden, SYIOKK habis!

Pengalaman Santai di Kafe Kolaborasi Another Eden, SYIOKK habis!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd