Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land Tiba Mac 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land Tiba Mac 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Pada lewat malam tadi, Koei Tecmo dan pembangun Gust telah mengumumkan Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land, entri terbaru dalam francais Atelier. Akan tersedia pada 21 Mac 2025, game ini bakal dikeluarkan untuk Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4, PC melalui Steam dan buat pertama kalinya dalam sejarah francais, Xbox Series X|S dan Xbox One.

Untuk meraikan pengumuman, sebuah trailer penuh maklumat telah dimuat naik, untuk menjelaskan tentang jalan cerita, watak dan gameplay yang menanti pemain dalam pengembaraan ajaib baharu ini.

Dalam dunia di mana ‘alchemy’ telah menjadi tabu dan dianggap jahat, Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land mengikuti pengembaraan Yumia Liessfeldt ketika dia berusaha untuk mengungkap kebenaran di sebalik kejatuhan Aladissian Empire—yang ketika dahulu berkembang pesat dengan ‘alchemy’—dan sejarahnya yang hilang.

Game ini membawa pemain dalam perjalanan menerokai tema memori, di mana kita bermain sebagai Yumia Liessfeldt, seorang ahli alkimia muda yang kehilangan ibunya dalam kemalangan ketika masih muda. Pemain harus berusaha untuk mempelajari seni ‘alchemy’ terlarang sambil membongkarkan niat sebenar ibu Yumia yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang ahli alkimia.

Kredit: Koei Tecmo

Sepanjang perjalanan, Yumia menyertai ‘Aladiss Research Team’ di mana dia bertemu Vikto von Duerer dan adik perempuannya, Isla von Duerer. Lama-kelamaan, mereka turut disertai oleh pelbagai teman lain termasuk seorang wanita misteri, seorang demi-human pemalu, dan seorang bekas pengembara penuh pengalaman.

Pengembaraan Yumia akan membawanya ke benua yang musnah, dan walaupun menghadapi misteri masa lalunya, dia perlu mencipta jalan sendiri jika ingin merungkai misteri di sebalik malapetaka yang memusnahkan Aladiss.

Mengikut gameplay ikonik Atelier, pemain akan mempunyai pelbagai aksi dan item yang boleh digunakan sepanjang pengembaraan, membolehkan mereka meneroka dunia luas yang terdiri daripada biom berbeza sambil mengumpul bahan yang boleh digunakan untuk sintesis dan mencipta bahan item baharu yang boleh digunakan dalam penerokaan dan pertempuran.

Cuma, entri kali ini menampilkan beberapa tambahan baru. Kini anda boleh mencipta item tanpa perlu kembali ke ‘base’ dengan penggenalan ciri “Simple Synthesis”, dan buat pertama kali dalam siri, pemain akan dapat membina, dan menghiasi ‘base’ mereka dengan ciri “Building” serba baharu.

Kredit: Koei Tecmo

Untuk menghidupkan dunia Atelier Yumia, Koei Tecmo dan Gust bekerjasama dengan artis Benitama untuk mencipta visual utama dan reka bentuk semua watak. Pakar dalam mencipta ilustrasi dan reka bentuk watak untuk pelbagai game fantasi, Benitama menggabungkan rujukan untuk mencipta gaya berasaskan monokrom, bagi memberikan kesan bergaya dan comel sambil menonjolkan daya tarikan siri Atelier.

Untuk maklumat lanjut tentang Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land
ShareTweetSend
Previous Post

Capcom Umum Barisan Game Penuh Untuk gamescom asia 2024

Next Post

Anime ‘Mobile Suit Gundam: The Origin’ Terima Filem Kompilasi, Kisah Asal-Usul Char Aznable!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Anime ‘Mobile Suit Gundam: The Origin’ Terima Filem Kompilasi, Kisah Asal-Usul Char Aznable!

Anime 'Mobile Suit Gundam: The Origin' Terima Filem Kompilasi, Kisah Asal-Usul Char Aznable!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd