Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nami Tamaki Akan Datang Ke Malaysia, Saksikan Persembahan Pertama Di LEVEL UP PLAY!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Konsert, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Nami Tamaki Akan Datang Ke Malaysia, Saksikan Persembahan Pertama  Di LEVEL UP PLAY!
Share on FacebookShare on Twitter

Kejutan besar hari ini, kerana MDEC baru sahaja mengumumkan bahawa penyanyi popular Jepun, Nami Tamaki, akan datang ke Malaysia untuk membuat persembahan di LEVEL UP PLAY.

Merupakan persembahan pertamanya di Malaysia, LEVEL UP PLAY akan diadakan di KLCC, Malaysia pada 13 hingga 15 September 2024. Berita ini diumumkan melalui Facebook rasmi LEVEL UP PLAY:

Bagi mereka yang tidak kenal idola ini, Nami Tamaki merupakan antara muka-muka besar untuk muzik J-Pop, dengan empat album Top 10 (dua daripada album itu berjaya mencapai nombor satu).

Nami mempunyai hubungan yang rapat dengan industri ACG (Anime, Comics, Game), dan menyumbang kepada beberapa francais dengan muziknya. Contoh terkenal termasuk francais Gundam SEED dan Gundam SEED Destiny (“Realize”, “Believe”, “Reason”, “Result” dan “Identity”), “Brightdown” – lagu pembukaan untuk anime siri D.Gray-man, dan “Sanctuary”, lagu pembukaan untuk siri anime Kiba.

Beliau turut mempersembahkan lagu “Fortune” sebagai tema utama untuk Radiata Stories, sebuah RPG untuk PS2  (serta mempunyai penampilan kameo dalam game versi Jepun) dan “CASTAWAY” sebagai lagu tema untuk Super Robot Wars J, game strategi turn-based yang mengumpulkan semua mecha-mecha terkenal ke dalam satu game.

LEVEL UP PLAY 2024

Akan berlangsung bermula 13 hingga 15 September di KLCC, LEVEL UP PLAY ialah acara Business to Consumer (B2C) di bawah MYDCF untuk meraikan kandungan digital terbaik yang dibangunkan oleh Malaysia, Asia Tenggara & antarabangsa. Acara ini menampilkan game terbaharu, animasi terbaharu, esukan, permainan kad dagangan (TCG), konsert, barangan premium, gajet & teknologi serta persembahan hiburan, untuk menyediakan ruang bagi peminat turut terlibat.

Antara aktiviti yang anda boleh jangka termasuk:

  • Pameran, demo dan pelancaran game digital
  • Pameran game indie terbesar di Asia Tenggara
  • Pameran dan aktiviti animasi terkenal Malaysia
  • Bushiroad Expo 2024
  • Pameran, demo dan jualan game PC
  • ACER Predator League 2024
  • MLBB Junior Cup 2024 dan PUBGM Open Tournament
  • International ERacing Championship 2024 dan eFootball Pocket Tournament
  • Hiburan pentas seperti konsert mini, Vtuber dan aktiviti cosplay
  • Pelbagai jualan mainan dan barangan dengan harga istimewa
  • Pameran komik terbesar daripada artis tempatan terkenal
  • Aktiviti gamifikasi untuk mendapatkan barangan rasmi
  • Banyak giveaway untuk semua!

Jika berminat, anda boleh mendapatkan tiket sekarang! 3-Day Pass (13-15 Sep) bernilai sebanyak RM40, manakala Single Day Pass dijual pada RM20. Tiket boleh dibeli di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Level Up PlayNami Tamaki
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Quest Monsters: The Dark Prince Akan Datang Ke PC & Mobile!

Next Post

Lapan Game Klasik, ‘Capcom Fighting Collection 2’ Akan Keluar Pada 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Lapan Game Klasik, ‘Capcom Fighting Collection 2’ Akan Keluar Pada 2025!

Lapan Game Klasik, ‘Capcom Fighting Collection 2’ Akan Keluar Pada 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd