Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Yakuza Akan Hadir Di Nintendo Switch Buat Kali Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2024
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Siri Yakuza Akan Hadir Di Nintendo Switch Buat Kali Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Malam tadi, Sega dan Ryu Ga Gotoku mengumumkan bahawa mereka akan membawa siri Yakuza yang digemari ke platform Nintendo Switch buat kali pertama dengan Yakuza Kiwami! Akhirnya, pengguna Switch boleh mengalami legenda Kazuma Kiryu apabila game ini dikeluarkan pada 24 Oktober 2024.

Bersama pengumuman ini, mereka turut memuat naik trailer pertama yang anda boleh tonton di bawah:

Sinopsis:

Untuk menyelamatkan kawan baiknya, Kazuma Kiryu mengambil tanggungjawab untuk jenayah yang tidak dilakukannya, dan diberi hukuman penjara selama 10 tahun. Selepas dibebaskan, Kiryu mendapati dirinya diusir daripada keluarga yakuza miliknya, dan bersendirian di dunia yang tidak dikenali lagi.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila 10 bilion yen lenyap dari peti besi Klan Tojo, iaitu bekas keluarga yakuza Kiryu, lalu mencetuskan perang di daerah Kamurocho. Bersama seorang gadis misteri bernama Haruka, Kiryu mesti berjuang untuk terus hidup dan membongkar kebenaran yang tersembunyi di sebalik huru-hara yang mengelilingi mereka.

Kredit: Ryu Ga Gotoku

Yakuza Kiwami pertama kali dilancarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 3 pada Januari 2016 di Jepun, diikuti oleh PlayStation 4 pada Ogos 2017, PC melalui Steam pada Februari 2019, dan Xbox One pada April 2020 di seluruh dunia.

Merupakan remake, ia menambah pelbagai peningkatan berbanding versi original dengan grafik sebagai upgrade paling ketara sekali.

Bukan itu sahaja, Kiwami menambahkan elemen tambahan pada jalan cerita, termasuk menunjukkan korupsi Akira Nishikiyama semasa Kiryu dipenjarakan dan perjuangan berterusan antara Kiryu dan pesaingnya, Goro Majima. Pada masa yang sama, sistem pertempuran telah dilaraskan agar lebih moden, dengan menambah lebih banyak lapisan pada sistem.

Kredit: Ryu Ga Gotoku

Selain versi fizikal, Yakuza Kiwami juga akan tersedia untuk beli Nintendo eShop. Untuk maklumat lanjut tentang Yakuza Kiwami versi Nintendo Switch, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: nintendo switchYakuza Kiwami
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic the Hedgehog 3 Akan Mula Tayangan Pada 26 Disember, Keanu Reeves Sebagai Shadow!

Next Post

Pertarungan Terakhir FAIRY TAIL 2 akan Bermula 13 Disember!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Pertarungan Terakhir FAIRY TAIL 2 akan Bermula 13 Disember!

Pertarungan Terakhir FAIRY TAIL 2 akan Bermula 13 Disember!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd