Baru-baru ini, Kodansha Creators’ Lab telah mengumumkan projek baharu bertajuk “Fairy Tail Indie Game Guild“, yang merangkumi pelbagai game Fairy Tail buatan studio indie.
Semua game akan dikeluarkan di PC melalui Steam, dan setakat ini tiga game sahaja yang diumumkan – Fairy Tail: Dungeons akan dilancarkan pada 26 Ogos; Fairy Tail: Beach Volleyball Havoc akan dilancarkan pada 16 September; diikuti oleh Fairy Tail: Birth of Magic yang akan menyusul kemudian.
Fairy Tail: Dungeons
Pada suatu hari, Natsu dan Happy terjumpa pintu misteri yang tiba-tiba muncul di bawah guild mereka. Di dalam, mereka menemui dungeon aneh yang melemahkan semua orang yang menceroboh masuk. Tanpa cara untuk mempertahankan diri, kedua-duanya diselamatkan oleh seekor Exceed bernama Labi. Sebaik sahaja mendapat tahu rakan Labi telah hilang, Natsu dan Happy memutuskan meneroka dungeon ini untuk menyelamatkannya.
Secara am, ini ialah roguelite RPG berfokuskan kad. Kita boleh memilih antara 5 watak termasuk Natsu, Lucy, Grey, Erza dan Wendy, masing-masing dengan abiliti istimewa sendiri. Kumpul kad ajaib untuk membina dek dan kalahkan raksasa hingga sampai ke bahagian dungeon paling dalam.

Pemain mempunyai jumlah giliran yang terhad untuk meneroka, jadi susun strategi ketika memilih laluan mereka. Serang, bertahan dan gunakan magic daripada dek anda. Dapatkan kad baharu untuk menguatkan lagi dek dan manfaatkan ganjaran dan harta karun yang diperoleh daripada pertempuran.

Bukan itu sahaja, bos terakhir ialah watak original yang dicipta khas oleh Hiro Mashima – pencipta Fairy Tail! Tidak lama lagi, pemain yang berminat boleh mencuba demo Fairy Tail: Dungeons yang terdiri daripada fasa awal permainan.
Fairy Tail: Beach Volleyball Havoc
Kejohanan bola tampar pantai tahunan Kingdom of Fiore sedang berlangsung. Tetapi apabila mage dari seluruh Ishgar muncul, keadaan menjadi hangat dan seluruh kejohanan menjadi huru-hara…
Seperti namanya, ini ialah game bola tampar pantai yang kompetitif yang menampilkan watak daripada siri Fairy Tail. Ambil bahagian dalam perlawanan 2v2 yang mendebarkan serta gunakan 100 jenis magic berbeza untuk mengatasi pihak lawan. Menangi perlawanan untuk membuka watak baharu dan seni eksklusif.

Watak-watak dari Fairy Tail, Sabertooth, Lamia Scale, Blue Pegasus, dan guild di seluruh benua telah berkumpul, tetapi anda hanya boleh piilih dua daripada 32 watak untuk membentuk pasukan bola tampar pantai sendiri.
Bukan itu sahaja, pemain boleh menggunakan controller untuk bermain secara lokal sehingga empat pemain atau gunakan ciri Steam’s Remote Play Together untuk bermain bersama secara online.

Pada masa yang sama, game ini turut akan mengadakan pertandingan seni di mana pemenang boleh menampilkan karya seni mereka dalam game.
Fairy Tail: Birth of Magic
Akhir sekali ialah Fairy Tail: Birth of Magic (tajuk sementara), sebuah magic fighting game dengan konsep “mencipta” pertarungan magic yang unik dan original. Game ini sedang dalam pembangunan aktif, dan butiran lanjut akan diumumkan pada kemudian hari.
@gamersantaimy
Discussion about this post