Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV ‘Season of the Infernal Hordes’ Akan Datang 7 Ogos!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo IV ‘Season of the Infernal Hordes’ Akan Datang 7 Ogos!
Share on FacebookShare on Twitter

Hadapi askar-askar jahat daripada Neraka apabila Diablo IV ‘Season of the Infernal Hordes‘ dikeluarkan secara rasmi pada 7 Ogos jam 1 pagi!

Gelombang musuh tanpa henti Infernal Hordes bakal menawarkan cabaran baharu kepada pemain, dan berkat semua orang yang mengambil bahagian dalam PC dan Battle.net PTR (Public Test Realm) untuk kandungan ini, Blizzard Entertainment telah membuat beberapa perubahan berdasarkan maklum balas yang diterima.

Berikut adalah ringkasan info untuk Diablo IV ‘Season of the Infernal Hordes’:

Kredit: Blizzard Entertainment

Infernal Hordes adalah cabaran musuh tanpa henti yang boleh dihadapi secara solo atau bersama rakan. Pilih ‘Infernal Offerings’ (buff atau debuff dalam setiap pusingan) antara gelombang untuk meningkatkan potensi musuh dan ganjaran akhir. Akses Infernal Hordes di kedua-dua Realm, di mana ia akan tersedia melalui Seasonal Questline di Seasonal Realm, dan boleh diakses selepas Questline baharu di Eternal Realm pada World Tier III.

Kredit: Blizzard Entertainment

Pada penghujung setiap pusingan Infernal Hordes, pemain akan berhadapan dengan Fell Council. Terdapat 5 ahli Fell Council dan 3 ahli berbeza akan dipilih secara rawak untuk melawan anda. Cuma, berhati-hati dengan kebolehan unik mereka. Hellbreach Dungeon baharu juga akan tersedia di Seasonal Realm yang memberi ganjaran Burning Aether kepada pemain; yang boleh digunakan pada peti di penghujung.

Kredit: Blizzard Entertainment

Lebih 50 barang Unique dan Legendary baharu akan datang pada musim ini. Dapatkan item ini dengan membunuh musuh di seluruh Sanctuary dan dalam Infernal Hordes. Dapatkan Seasonal Progression dengan mengumpul cache yang jatuh selepas membunuh askar-askar Neraka yang kuat. Setelah membuka Seasonal Progression, ciri Infernal Hordes akan menjadi salah satu cara terbaik untuk meningkatkan reputation dan memperoleh cache sepanjang musim.

Kredit: Blizzard Entertainment

Akhir sekali, anda boleh memperoleh lebih banyak ganjaran melalui Season Journey dan melengkapkan Battle Pass baharu yang menampilkan 28 Free Tier dan 62 Premium Tier.


Pada 2 Ogos jam 2 pagi, Blizzard akan mengadakan Developer Update Livestream yang menerangkan Season of the Infernal Hordes. Jika berminat, anda boleh menonton secara langsung di Twitch dan YouTube.

Untuk butiran lanjut tentang Season of the Infernal Hordes dan beberapa perubahan yang dibuat daripada maklum balas PTR, anda boleh membaca blogpost rasmi di SINI.

Lihat di sini
Diablo IV
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Diablo IV adalah ARPG dungeon crawler yang dikembangkan oleh Blizzard Entertainment, sebagai ansuran keempat dalam siri Diablo. Permainan ini diumumkan di BlizzCon 2019 pada 1 November 2019 untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One.
Tags: Diablo IVInfernal Hordes
ShareTweetSend
Previous Post

Anda Boleh Cuba Demo ‘Visions of Mana’ Sekarang!

Next Post

Jumlah Pemain Stellar Blade Bertambah 40% Selepas Summer Update!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Jumlah Pemain Stellar Blade Bertambah 40% Selepas Summer Update!

Jumlah Pemain Stellar Blade Bertambah 40% Selepas Summer Update!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd