Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lewati dunia Eorzea di kafe bertemakan Final Fantasy! Menu yang lain daripada yang lain!

Peluang untuk menangi item eksklusif jika mengunjung kafe ini.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2019 - Updated on September 20, 2019
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Lewati dunia Eorzea di kafe bertemakan Final Fantasy! Menu yang lain daripada yang lain!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika kamu adalah peminat kepada siri Final Fantasy oleh syarikat Square Enix, Final Fantasy Eorzea Cafe adalah salah satu tempat yang kamu perlu letak dalam senarai untuk melawat di Jepun nanti. Terletak di daerah Akihabara, Tokyo, kafe ini adalah syurga untuk segala-galanya tentang FFXIV. Ia berdasarkan pada alam semesta unik yang sama dalam permainan – Erozea di mana permainan itu berlangsung.

Terletak di tingkat 2, kafe ini dimulakan pada 31 Julai 2014. Dekorasi kafe mengandungi replika barang daripada permainan seperti senjata, perisai, dan moogles, serta peta gergasi untuk dunia permainan. Kafe ini juga mempunyai PC dan PS4 untuk para pemain log in dan bermain.

 

1 of 7
- +

Selain itu, makanan dan minuman yang disajikan di dalam kafe juga bertemakan Final Fantasy XIV dengan menu yang mempunyai 35 jenis makanan, dan 55 jenis minuman. Beberapa minuman dinamakan dan disajikan selepas resipi alkimia terkenal dalam permainan. Kamu tidak akan jumpa apa-apa yang normal di sini seperti air Coke, Teh biasa dan sebagainya.

 

1 of 9
- +

Setiap tiket adalah sekitar 1000 yen, sekali dengan minuman percuma. Apa-apa saja yang kamu pesan, harus dibayar dengan nilai sewajarnya. Sebelum kamu masuk, pelayan di kaunter akan menyuruh kamu memilih salah satu daripada 35 lapik gelas istimewa. Setiap pesanan makanan atau minuman, akan mendapat satu daripada 35. Sebelum kamu mula memesan makanan melalui ipad, kamu perlu menunggu pengumuman dan cabutan bertuah untuk aktiviti Gold Saucer activity. Sekiranya kamu dipilih maka kamu akan menerima ganjaran dan muzik kemenangan Final Fantasy akan dimainkan.

 

1 of 6
- +

Kafe dibuka bermula pukul 11:30 hingga 22:00 dan pelanggan dijemput untuk makan sepanjang empat tempoh masa: 11: 30-13: 30, 14: 00-16: 00, 16: 30-18: 30 dan 19: 00 -22: 00. Oleh kerana ruang terhad, pengunjung mungkin perlu menempah terlebih dahulu untuk masuk ke kafe. Akaun Twitter restoran akan mengumumkan ketersediaan tempat duduk seharian. Kamu boleh menempah melalui laman web Lawson Combi.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawat laman rasmi untuk kafe Final Fantasy Eorzea Cafe.

*Gambar ditangkap oleh Honor 20 Pro ( 8MP AI Quad Camera)*

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AkihabaraErozeafinal fantasyFinal Fantasy Eorzea CafeJepunsquare enixTokyo
Previous Post

Yu-Gi-Oh! Duel Links mendapat dunia terbaru bedasarkan Filem The Dark Side of Dimensions!

Next Post

DEMO permainan CONTRA: ROGUE CORPS kini boleh didapati di PlayStation 4 dan Xbox One!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
DEMO permainan CONTRA: ROGUE CORPS kini boleh didapati di PlayStation 4 dan Xbox One!

DEMO permainan CONTRA: ROGUE CORPS kini boleh didapati di PlayStation 4 dan Xbox One!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd