Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Akan Memastikan Switch 2 Selamat Daripada Scalper

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 4, 2024
in Artikel, Berita, Industri, Nintendo Switch
0 0
0
Nintendo Akan Memastikan Switch 2 Selamat Daripada Scalper
Share on FacebookShare on Twitter

“Scalper” merupakan mimpi ngeri kepada setiap gamer apabila konsol gaming baharu dilancarkan untuk pasaran. Antara contoh paling besar ialah PS5 dan barang PC, yang sukar untuk diperoleh selama bertahun-tahun, lagi-lagi apabila terkesan dengan aktiviti “scalping”. Nasib baik, Nintendo menjelaskan mereka mempunyai cara dan menjamin bahawa konsol Switch 2 terbaru akan selamat daripada tangan scalper.

Kredit: Nintendo

Bagi mereka yang kurang tahu, scalper ialah orang yang membeli produk dalam kuantiti yang banyak semasa pelancaran. Matlamat mereka adalah untuk membeli semua barangan yang ada di pasaran supaya tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk orang lain. Ini memaksa pemain untuk membeli konsol mereka pada harga yang melambung tinggi sebagai pilihan terakhir.

Kembali ke topik utama; menurut VGC, Presiden Nintendo – ​​Shuntaro Furukawa, baru-baru ini menjelaskan cara terbaik untuk menghalang konsol Nintendo Switch seterusnya daripada diganggu oleh scalper, iaitu dengan membuat jumlah konsol yang mencukupi untuk memenuhi permintaan para gamer.

Kredit: Nintendo

Memang kedengarannya lebih mudah diucapkan daripada dilakukan pada kenyataannya, tetapi dirinya yakin bahwa Nintendo akan berhasil karena kelangkaan semikonduktor global telah berakhir.

Memang bercakap itu lebih mudah daripada realiti, tetapi dia yakin bahawa Nintendo akan berjaya setelah isu kekurangan semikonduktor di pasaran global telah berakhir.

Kredit: Nintendo

“Tahun lalu dan tahun sebelumnya, kami tidak dapat menghasilkan perkakasan Nintendo Switch yang mencukupi kerana kekurangan komponen semikonduktor, tetapi keadaan ini kini telah diselesaikan,” kata Furukawa. “Pada masa ini, kami tidak percaya bahawa kekurangan komponen akan memberi impak yang ketara kepada pengeluaran model seterusnya.” Dia juga berkata bahawa syarikat sedang “mempertimbangkan keadaan di setiap wilayah.”

Salah satu sebab mengapa Nintendo ingin mengeluarkan Switch 2 pada 2025 adalah untuk mengelakkan potensi masalah dengan bekalan perkakasan; yang kemudian akan membawa kepada masalah stok dan kes scalper berleluasa yang membahayakan ekosistem gaming.

Tags: Nintendo Switch 2scalper
ShareTweetSend
Previous Post

Mampukah Peranti Anda Berjalan Zenless Zone Zero? Ringkasan Spesifikasi!

Next Post

Alasan Sebenar Di Sebalik Remake Anime ‘The One Piece’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Alasan Sebenar Di Sebalik Remake Anime ‘The One Piece’

Alasan Sebenar Di Sebalik Remake Anime 'The One Piece'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd