Menurut laporan baharu, Legendary Pictures dan Sony telah menetapkan tarikh tayangan untuk filem adaptasi live-action Street Fighter yang dijangka akan dikeluarkan pada 2026. Secara khusus lagi, maklumat ini datang daripada laman hiburan Variety, yang melaporkan bahawa filem tersebut akan ditayangkan pada 20 Mac 2026.

Pada mulanya, adik-beradik pengarah Danny dan Michael Philippou diberi tugas untuk mengarah filem itu, tetapi terpaksa meninggalkan projek kerana konflik jadual untuk filem yang sedang diusahakan sekarang bersama A24, “Bring Her Back”.
Nampaknya Legendary tidak boleh bersabar untuk menunggu jadual mereka kosong, lalu membuat keputusan untuk meneruskan projek ini. Dibuat bersama pengawasan Capcom, pencipta asal kepada francais Street Fighter, kini Legendary sedang mencari pengarah baharu untuk filem live-action Street Fighter.

Malangnya, tidak banyak yang didedahkan tentang filem tersebut selain daripada tarikh tayangan. Kami masih tidak tahu siapa yang akan berlakon dalam filem ini manakala butiran plot masih dirahsiakan.
Seperti yang dinyatakan dalam artikel dahulu, ini bukanlah filem aksi langsung pertama untuk francais fighting game popular ini. Filem pertama ditayangkan di pawagam pada tahun 1994, manakala filem kedua diikuti pada tahun 2009; yang bertajuk Street Fighter: The Legend of Chun-Li. Walaupun memakai nama francais game terkenal, kedua-dua filem Street Fighter dianggap sebagai kegagalan di box office.

Namun, permainan video kini mendapat sambutan hangat di pawagam dan televisyen dari segi ulasan positif dan pendapatan box-office.
Antara contoh berjaya adalah seperti Super Mario Bros. Movie, siri HBO The Last of Us , Fallout oleh Prime Video, Arcane di Netflix, dan banyak lagi. Dengan kerjasama Legendary dan Capcom untuk mencipta filem live action ketiga Street Fighter, mungkin ada harapan projek ini menjadi blockbuster.
@gamersantaimy
Discussion about this post