Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Koei Tecmo Umum ‘Fairy Tail 2’, Akan Datang Ke PlayStation, Switch & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Turn-Based
0 0
0
Koei Tecmo Umum ‘Fairy Tail 2’, Akan Datang Ke PlayStation, Switch & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo dan Gust telah mengumumkan game ‘Fairy Tail 2‘ untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam – yang bakal dilancarkan pada musim sejuk ini (sekitar Disember 2024 hingga Mac 2025).

Fairy Tail 2 ialah sekuel RPG baharu berdasarkan manga/anime popular Fairy Tail oleh Hiro Mashima. Merupakan sekuel kepada game Fairy Tail pertama pada 2020, sekuel ini akan mengisahkan “Alvarez Empire Arc,” iaitu finale kepada karya original.

Gameplay Umum

Kredit: Koei Tecmo

RPG ini menggambarkan kisah dramatik “Alvarez Empire Arc,” yang merupakan klimaks kepada seluruh jalan cerita. Bermain sebagai watak utama Natsu dan Lucy serta ahli Fairy Tail Guild yang lain, di mana pemain boleh mengalami semula pertarungan epik menentang musuh terhandal mereka, Emperor Spriggan (Zeref) dari Alvarez Empire, serta pasukan elitnya, “Spriggan 12”, dan pemusnah dunia ‘Black Dragon Acnologia’.

Sistem pertempuran telah direka sepenuhnya daripada game dahulu, untuk melaksanakan pertempuran real-time yang lebih menarik dan memberi impak. Selain daripada menggunakan magic yang lebih kuat dengan mengisi gauge semasa menyerang, sesetengah watak juga boleh mengaktifkan “Mode Change.”

Kredit: Koei Tecmo

Dunia Fairy Tail dicipta semula dengan grafik 3D yang cantik. Ekspresi watak lebih ekspresif dan pemain kini dapat menavigasi dunia dengan lebih lancar, tanpa gangguan loading, yang membolehkan anda berasa lebih imersif seolah-olah sedang menerokainya sendiri.

Bukan itu sahaja, cerita original serba baharu, “Key to the Unknown”, turut ditambah di dalam game dan berlangsung selepas peristiwa finale. Selain itu, pemain dapat membelajar lebih lagi tentang watak kegemaran dalam “Character Stories”, serta melihat banyak interaksi dan adegan baharu yang hanya boleh dilihat dalam game ini.

Kredit: Koei Tecmo
Tags: Fairy Tail 2
ShareTweetSend
Previous Post

Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition Kini Di Malaysia, Harga Semurah RM1,098!

Next Post

Dragon Quest III HD-2D Remake Akan Tiba 14 November, Boleh Pre-Order Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Dragon Quest III HD-2D Remake Akan Tiba 14 November, Boleh Pre-Order Sekarang!

Dragon Quest III HD-2D Remake Akan Tiba 14 November, Boleh Pre-Order Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd