Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition Kini Di Malaysia, Harga Semurah RM1,098!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2024
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition Kini Di Malaysia, Harga Semurah RM1,098!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Infinix mengumumkan pelancaran rasmi NOTE 40 Series 5G Racing Edition dengan kerjasama BMW Designworks di Malaysia. Edisi khas ini datang dengan dua model berbeza, NOTE 40 5G dan NOTE 40 Pro 5G pada harga bermula RM1,098.

Berikut adalah spesifikasi penting:

Kredit: Infinix Malaysia

NOTE 40 Series 5G Racing Edition menampilkan rekaan Wings of Speed ​​eksklusif, dan menggunakan UV transfer printing untuk menghasilkan garisan licin dan kemas di sekiling peranti yang turut meningkatkan cengkaman dan mencipta bayang-bayang halus di bawah pencahayaan berbeza. Dihasilkan daripada bahan komposit premium, ia mempunyai kemasan berkilat tetapi masih kekal ringan.

Warna Silver memiliki kilauan logam, dilengkapi dengan simbol lumba tiga warna ikonik BMW di sisi kamera. Bukan sahaja di luar, wallpaper eksklusif dan UI yang diilhamkan oleh BMW Designworks juga melengkapkan Racing Edition.

Kredit: Infinix Malaysia

NOTE 40 Pro 5G menawarkan storan 256GB, dipasangkan dengan 8GB RAM yang boleh dilanjutkan sehingga 16GB untuk prestasi dipertingkatkan. Selain itu, NOTE 40 5G mempunyai storan 512GB dan 12GB RAM, yang boleh dikembangkan sehingga 24GB dengan keupayaan Extended RAM. Untuk terasnya, pemproses Dimensity 5G 7020 memberikan kelajuan multitasking yang lancar.

NOTE 40 Pro 5G dilengkapi teknologi FastCharge 2.0 All-Round, yang menawarkan pengecasan pantas 45W dan 20W wireless MagCharge manakala NOTE 40 memiliki pengecasan pantas 5G 33W dan 15W wireless MagCharge. Dikuasakan oleh Infinix Cheetah X1, peranti ini boleh mengecas sehingga 50% dalam masa 31 minit sahaja menggunakan Hyper Mode FastCharge.

Kredit: Infinix Malaysia

NOTE 40 Pro 5G menampilkan 3D-Curved AMOLED Display dengan resolusi 1080P, dengan 10 Bit Colour Depth dan kecerahan puncak 1300 nit. Ia termasuk 2160Hz PWM Dimming untuk visual yang lebih lancar, sensor cap jari dalam paparan, dan perakuan TÜV Rheinland untuk cahaya biru malap, memastikan keselesaan mata.

Bagi NOTE 40 5G, ia juga mempunyai paparan AMOLED 120Hz dengan resolusi 1080P, 10 Bit Colour Depth, kecerahan puncak 1300 nits dan 1500 Hz Instant Touch Sampling Rate. Di samping itu, ia mempunyai sensor cap jari dan perakuan TÜV Rheinland.

Kredit: Infinix Malaysia

Kedua-dua NOTE 40 Pro 5G dan NOTE 40 5G Edisi Racing Edition memiliki dengan dual speaker yang dikuasakan oleh JBL. NOTE 40 Pro 5G menampilkan sensor 108MP dengan Optical Image Stabilization (OIS). Sebaliknya, NOTE 40 5G mempunyai kamera autofokus (AF) 108MP.

Harga dan Ketersediaan

Kredit: Digital Braves

Anda boleh mendapatkan mana-mana peranti Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition secara online di Kedai Rasmi Infinix seperti Lazada, Shopee, TikTok Shop dan secara offline melalui pengedar sah Infinix.

Harga bermula dari RM1,098 untuk NOTE 40 Pro 5G dan RM1,299 untuk NOTE 40 5G.

Rakyat Malaysia yang membeli mana-mana model NOTE 40 Series 5G Racing Edition juga boleh menerima Racing Edition MagPower percuma, sementara stok masih ada.

Tags: Infinix Note 40 Series 5G Racing EditionSmartphone
ShareTweetSend
Previous Post

“Finale Akan Jawab Semua Persoalan Peminat” – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama Motomu Toriyama & Teruki Endo

Next Post

Koei Tecmo Umum ‘Fairy Tail 2’, Akan Datang Ke PlayStation, Switch & PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Koei Tecmo Umum ‘Fairy Tail 2’, Akan Datang Ke PlayStation, Switch & PC

Koei Tecmo Umum 'Fairy Tail 2', Akan Datang Ke PlayStation, Switch & PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd