Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri ‘Arcane’ Akan Tamat Dengan Season 2, Bakal Tayang November 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2024
in Animasi, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Siri ‘Arcane’ Akan Tamat Dengan Season 2, Bakal Tayang November 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum tayangan perdana Arcane Season 2 pada bulan November tahun ini, kami dapat pengesahan bahawa siri animasi ini akan tamat dengan musim kedua. Sempena pengumuman ini, Netflix telah mengeluarkan teaser baharu untuk Arcane Season 2, yang anda boleh tonton di bawah:

Trailer baharu ini memberi pandangan terbaik kami setakat ini untuk Season 2 dan mendedahkan bagaimana cerita itu akan berkembang berikutan penamat cliffhanger di Season 1. Watak-watak seperti Jinx, Vi, Caitlyn dan Ekko yang kesemuanya tampil dalam Season 1 dilihat sepanjang trailer ini, manakala watak baharu termasuk Singed, Warwick turut ditonjolkan secara ringkas.

Kredit: Netflix

Sinopsis rasmi Netflix: “Dalam perang antara bandar kembar Piltover dan Zaun, dua beradik-beradik bertarung di pihak bertentangan dalam peperangan antara teknologi sihir dan perkara yang mereka percayakan.”

Kredit: Netflix

Jadi mengapa Arcane tamat di Season 2? Pihak produksi memberitahu bahawa kisah musim 2 sentiasa direka untuk menjadi penamat siri ini. Selain itu, pencipta bersama Arcane, Christian Linke menjelaskan mereka yang telah mengusahakan rancangan itu mempunyai aspirasi untuk meneruskan dan menceritakan kisah baharu di bahagian lain alam semesta League of Legends.

Buat masa ini, kita tidak ada jawapan tepat, tetapi projek masa depan berkaitan TV dan filem LoL dikatakan sedang dalam pembangunan.

Kredit: Netflix

“Dari awal lagi, sejak mula mengusahakan projek ini, kami mempunyai penamat yang sangat spesifik dalam otak yang bermaksud kisah Arcane berakhir dengan musim kedua ini. Tetapi Arcane hanyalah cerita pertama daripada banyak cerita yang ingin kami sampaikan di Runeterra.”

“Kami bersama Riot melalui keseluruhan perjalanan Vi dan Jinx setakat ini. […] Saga mereka telah berkembang jauh melebihi impian asal dan kami mahu memberikan layanan yang sama kepada lebih ramai Champion. Kami sedang mengusahakan projek seterusnya di seluruh televisyen dan filem dan berharap dapat berkongsi lebih banyak lagi menjelang akhir tahun ini.”

Kredit: Netflix

Butiran tentang jumlah episod musim 2 dan tarikh keluaran tepat masih belum diberikan, tetapi kami pasti akan mula tahu lebih lanjut dalam beberapa minggu akan datang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Arcane season 2
ShareTweetSend
Previous Post

Game Football Manager Secara Rasmi Tambah Premier League, Bawa Pasukan & Pemain Berlesen!

Next Post

Ikut Serta Peraduan MSI x Capcom Untuk Menang Plushie Comel Monster Hunter!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Ikut Serta Peraduan MSI x Capcom Untuk Menang Plushie Comel Monster Hunter!

Ikut Serta Peraduan MSI x Capcom Untuk Menang Plushie Comel Monster Hunter!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd