Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic MEGA Sale 2024 Bermula Sekarang, Boleh Tebus Game Percuma Dragon Age: Inquisition—GOTY Edition

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 17, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Promosi
0 0
0
Epic MEGA Sale 2024 Bermula Sekarang, Boleh Tebus Game Percuma Dragon Age: Inquisition—GOTY Edition
Share on FacebookShare on Twitter

Epic MEGA Sale 2024 secara rasminya bermula hari ini – empat minggu penuh dengan diskaun hebat, game percuma dan hadiah hebat di Epic Games Store!

Dun dun…dun dun…dun dun dun dun dun…it’s BAAAAAACK!

The Epic Games MEGA Sale is here! Save big on your favorite games, like Alan Wake 2, Skull and Bones, and MORE! https://t.co/Hobs6YtAXz pic.twitter.com/flB1rpkDE7

— Epic Games Store (@EpicGames) May 16, 2024

Mulai hari ini hingga 14 Jun, anda boleh dapatkan diskaun besar untuk pelbagai game di seluruh Epic Games Store. Tidak kira indie klasik atau game AAA, penuhkan library anda dengan macam-macam game yang hebat.

Kredit: Epic Games

Tidak pasti apa untuk pilih? Saya telah menyenaraikan beberapa game terbaru yang pasti seronok untuk dicuba.

Sorotan Utama Epic MEGA Sale

  • Alan Wake 2
  • EA SPORTS FCTM 24 Standard Edition
  • Hogwarts Legacy
  • Cyberpunk 2077: Ultimate Edition
  • Assassin’s Creed® Mirage
  • Suicide Squad: Kill the Justice League
  • Skulls and Bones
  • Dead Island 2
  • Prince of Persia: The Lost Crown

Selain diskaun, Epic Games juga akan menghadiahkan game percuma dari Vault setiap minggu sepanjang MEGA Sale berlangsung, serta giveaway untuk beberapa game hebat. Game percuma pertama untuk Epic MEGA Sale 2024 ialah Dragon Age: Inquisition—Game of the Year Edition!

Kredit: Epic Games

Merupakan RPG klasik oleh Bioware, ia adalah pengembaraan yang sangat besar di mana anda membina pasukan untuk meneroka peta luas dan memerangi gerombolan syaitan yang menyerang dunia.

Pilih watak, kelas dan puak anda, sebelum dilemparkan ke dalam peperangan antara baik dan jahat. Sebagai Inquisitor, anda adalah satu-satunya orang yang mampu menutup The Breach, serangan besar-besaran syaitan dari alam lain.

Kredit: Epic Games

Namun, anda tidak perlu melakukannya seorang diri. Pemain juga boleh bermain secara co-op, dalam satu pasukan sehingga empat orang, sambil mengikuti jalan cerita dan misi yang direka untuk multiplayer.

Game of the Year edition disertakan dengan semua DLC untuk melengkapkan cerita, dan beberapa mount, armor, dan item baharu untuk memudahkan perjalanan anda. Dapatkannya Dragon Age: Inquisition—Game of the Year Edition sekarang secara percuma bermula sekarang sehingga 24 Mei.

Tags: DiskaunEpic MEGA Sale 2024promosi
ShareTweetSend
Previous Post

Grand Theft Auto VI Akan Lancar Sekitar September-Disember 2025

Next Post

Filem Ultraman: Rising Akan Ditayangkan Pada 14 Jun, Bersama Dub Melayu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Filem Ultraman: Rising Akan Ditayangkan Pada 14 Jun, Bersama Dub Melayu!

Filem Ultraman: Rising Akan Ditayangkan Pada 14 Jun, Bersama Dub Melayu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd