Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konami Pecah Dua Rekod Dunia Guinness Di Yu-Gi-Oh! Championship Series Japan TOKYO 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Kejohanan esports
0 0
0
Konami Pecah Dua Rekod Dunia Guinness Di Yu-Gi-Oh! Championship Series Japan TOKYO 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan gembiranya, Konami Digital Entertainment Limited mengumumkan bahawa syarikat baru sahaja menetapkan Rekod Dunia Guinness untuk peserta terbanyak dalam kejohanan permainan kad dagangan (trading card game), serta pecah Rekod Dunia Guinness sendiri untuk kejohanan permainan kad dagangan terbesar di Yu-Gi-Oh! Championship Series Japan TOKYO 2024.

Kredit: KONAMI

Seramai 7,443 peserta mendaftar untuk Yu-Gi-Oh! Championship Series Japan TOKYO 2024 (YCSJ TOKYO 2024), yang kemudian diiktiraf sebagai pencapaian Rekod Dunia Guinness untuk peserta terbanyak dalam kejohanan permainan kad dagangan.

Kredit: KONAMI

Bukan itu satu-satunya anugerah yang dicapai pada hari itu. Rekod Dunia Guinness untuk kejohanan permainan kad dagangan terbesar sebelum ini juga dipegang oleh KONAMI iaitu untuk YCS ke-100 di Long Beach, California, Amerika Syarikat, yang berlangsung pada 23-25 ​​Mac 2012. Dengan jumlah peserta yang ramai, rekod itu kemudian diatasi sekali lagi di YCSJ TOKYO 2024.

Kredit: KONAMI

Di YCSJ TOKYO 2024. takhta juara jatuh kepada Yutaro Takahashi. Bukan sahaja pemenang YCSJ ke-10, dia juga adalah pemenang untuk kejohanan permainan perdagangan terbesar dalam sejarah, di mana dia mengatasi 7,442 peserta lain untuk gelaran juara.

Selepas memenangi YCSJ ke-10, Yutaro Takahashi berkata, “Saya gembira menjadi juara! Ia berkat latihan dengan rakan-rakan yang saya temui melalui “Yu-Gi-Oh! OCG”. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memenangi acara seterusnya!”

Kredit: KONAMI

YCSJ TOKYO 2024 berlangsung pada 28-29 April di Tokyo Big Sight (Tokyo International Exhibition Centre). Ia diadakan buat pertama kali sebagai acara dua hari untuk memperingati YCSJ ke-10.

Untuk segala berita kami tentang Yu-Gi-Oh, sila tekan SINI.

Tags: konamiRekod Dunia GuinnessYu-Gi-Oh
ShareTweetSend
Previous Post

Manga Black Clover Kembali Selepas 4 Bulan Menunggu, Kali Ini Dengan Dua Bab Baru!

Next Post

Game Free-2-Play “Star Wars: Hunters” Akan Datang Jun 2024 Di Switch & Mobile

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
Next Post
Game Free-2-Play “Star Wars: Hunters” Akan Datang Jun 2024 Di Switch & Mobile

Game Free-2-Play "Star Wars: Hunters" Akan Datang Jun 2024 Di Switch & Mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd