Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MAPPA Tambah Kameo Super Saiyan Goku dalam Oblivion Battery, Tanda Hormat Kepada Akira Toriyama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 24, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
MAPPA Tambah Kameo Super Saiyan Goku dalam Oblivion Battery, Tanda Hormat Kepada Akira Toriyama

Kredit: MAPPA

Share on FacebookShare on Twitter

Transformasi Goku kepada Super Saiyan adalah antara detik paling ikonik dalam dunia anime. Tidak kira jika korang peminat baru atau lama, semua pasti tahu. Malangnya, pencipta siri ikonik ini, Akira Toriyama, telah meninggal dunia pada Mac lalu. Demi menghormati jasa mending, MAPPA Studios telah menambah animasi Super Saiyan Goku ke anime Oblivion Battery sebagai tanda hormat.

Kredit: MAPPA

Tribute tersebut ditayangkan pada minggu ini di dalam Oblivion Battery episod tiga. Seperti yang anda lihat di bawah, kita dapat lihat bagaimana rupa Super Saiyan Goku, jika transformasi ini diuruskan oleh MAPPA.

https://twitter.com/Nakayasee/status/1782789419264590310

Shun Sawai, yang merupakan juruanimasi hebat dalam industri, bertanggungjawab untuk animasi tersebut. Artis itu diminta oleh pengarah Oblivion Battery untuk menganimasikan kameo Super Saiyan Goku dan selepas produksi diberikan kelulusan rasmi, MAPPA serta merta meneruskan kerja.

Walaupun tempoh animasi hanya beberapa saat, tetapi agak terharu untuk melihat studio lain (yang tiada kaitan dengan Dragon Ball) untuk memberi tanda hormat kepada legenda tersebut.

Berita tentang kematian Akira Toriyama telah diumumkan melalui laman web rasmi Dragon Ball, di mana dikhabarkan bahawa pelukis manga itu telah pun meninggalkan dunia ini pada 1 Mac kerana Hematoma subdura. Pengebumiannya juga sudah dilakukan dengan ahli keluarga terdekat.

Jika anda tidak tahu dengan Oblivion Battery, ia adalah siri manga besbol Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Eko Mikawa. Ia disirikan melalui Shueisha Shōnen Jump+ sejak April 2018 dan telah dikumpulkan dalam 17 tankōbon sehingga Januari 2024. Siri televisyen anime oleh MAPPA juga telah ditayangkan pada April 2024.

Kredit: MAPPA

Oblivion Battery mengisahkan tentang pasangan Battery (dalam besbol, Battery ialah pitcher dan catcher, atau rakan bateri) terkenal yang terdiri daripada pitcher genius Haruka Kiyomine dan catcher mahir Kei Kaname yang juga dikenali sebagai “General”.

Semasa zaman liga senior mereka, mereka cukup berbakat untuk bukan sahaja menang, tetapi juga menghancurkan harapan dan impian ramai pemain sekolah yang mereka lawan. Bagaimanapun, Kaname hilang ingatan dan kedua-duanya memasuki Kotesashi High School, sekolah menengah awam tanpa nama. Di sekolah yang sama, mereka bertemu dengan beberapa pemain berbakat yang telah berhenti besbol selepas menentang mereka di sekolah rendah. Ini adalah kisah pertemuan mereka dalam kelab besbol yang baru ditubuhkan untuk bermain besbol semula.

Baca segala liputan kami tentang anime di SINI.

Tags: Dragon BallgokuMAPPAOblivion Battery
ShareTweetSend
Previous Post

One Piece Live-Action Season 2 Menyasar Tayangan 2025 Bersama Bantuan Penulis Baru

Next Post

Khabar Angin: Ubisoft Ingin Mematikan Francais Watch Dogs

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Khabar Angin: Ubisoft Ingin Mematikan Francais Watch Dogs

Khabar Angin: Ubisoft Ingin Mematikan Francais Watch Dogs

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd