Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Eksklusif] Rancang Untuk Lancar di PS Vita Pada Mulanya — Interview Bersama Producer Unicorn Overlord!

Maira by Maira
April 3, 2024
in Artikel, Berita, Game, Temuramah
0 0
0
[Eksklusif] Rancang Untuk Lancar di PS Vita Pada Mulanya — Interview Bersama Producer Unicorn Overlord!
Share on FacebookShare on Twitter

Unicorn Overlord telah pun dilepaskan pada awal Mac yang lalu. Game RPG baru itu telah menarik perhatian ramai sejak pelepasan demo game malah telah terjual lebih setengah juta salinan di seluruh dunia sejak pelancarannya. Kami telah berpeluang untuk menemuramah producer Unicorn Overlord, Yamamoto Akiyasu untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai game ini.

Berikut adalah hasil temu ramah tersebut. Sebagai peringatan, hasil tersebut telah disunting supaya mudah difahami.

Yamamoto Akiyasu, Producer Unicorn Overlord | Sumber: Atlus

Bagaimana Atlus dan Vanillaware berfikir di luar kotak dan hasilkan gameplay yang berbeza dengan game taktikal lain dalam pasaran?

Yamamoto Akiyasu: Selepas Odin Sphere Leifthrasir dilepaskan, Vanillaware telah mencadang idea untuk Unicorn Overlord. Game ini telah dibangunkan selari dengan 13 Sentinels: Aegis Rim. Salah satu perkara yang menarik perhatian kami adalah elemen dalam talian game. Ia boleh dilihat sebagai pengganti Dragon’s Crown malah satu rupa baru sebagai RPG taktikal. Kami melihat banyak potensi pada Unicorn Overlord di mana game itu menyelam ke alam baru yang berbeza daripada trope biasa game RPG taktikal. Apabila Takafumi Noma dan Wataru Nakanishi menyampaikan idea game kepada kami, ia mengingatkan kami kepada memori indah bermain RPG taktikal semasa era 16-bit pada 1990 dan kami telah meluluskannya.

Sumber: Atlus

Unicorn Overlord mendapat sambutan hangat di Jepun, sebarang komen anda ingin sampaikan mengenainya?

Yamamoto Akiyasu: Memandangkan kami telah mengambil pendekatan berbeza daripada game RPG taktikal, kami takut game ini kurang sambutannya apabila dilancarkan. Kami percaya pemain akan sukakannya apabila mereka keluar daripada zon selesa mereka, tetapi kami terkejut dengna sambutan hangat daripada awal! Kami sangat-sangat lega bahawa peminat kami daripada Asia Tenggara mendapati Unicorn Overlord adalah seronok seperti yang kami fikir.

Unicorn Overlord
Sumber: Atlus

Adakah terdapat rancangan untuk DLC dikeluarkan?

Yamamoto Akiyasu: Buat masa ini, kami tiada rancangan untuk menambah DLC.

Adakah beberapa sebab mengapa Unicorn Overlord tiada pada platform PC?

Yamamoto Akiyasu: Apabila Atlus dan Vanillaware mula mengerjakan Unicorn Overlord pada 2016, game ini pada mulanya dirancang untuk PS4 dan PS Vita. Tetapi dengan industri gaming mula berkembang dengan drastik untuk lapan tahun, Vanillaware memutuskan untuk melepaskan Unicorn Overlord secara global dan mengembangkan pembangunannya untuk PS5, Switch dan Xbox Series X|S. Akhirnya, sebagai penerbit, Atlus memutuskan platform mana Unicorn Overlord akan dilepaskan dan kami amat berterima kasih atas kesediaan Vanillaware untuk bekerjasama. Malangnya, kami tiada rancangan untuk port Unicorn Overlord pada PC.

Unicorn Overlord

Pelepasan demo telah mendapat pujian daripada pemain kerana playtime yang agak lama. Apakah sebab disebalik masa bermain yang panjang pada demo tersebut?

Yamamoto Akiyasu: Demo 3 jam yang kami tetapkan pada tajuk sebelumnya, 13 Sentinels: Aegis Rim secara kasarnya mempunyai 30 jam gameplay, memberikan kami idea bagus untuk masa bermain ideal untuk demo. Kami telah mencuba demo untuk memastikan bahawa pemain tidak ketinggalan sesuatu. Ia penting untuk kami bahawa pemain memahami game dan berasa seronok, dan rasa ia jumlah masa yang cukup.

Sumber: Atlus

Dengan mekanik yang kompleks dalam game ini, adakah sebarang kerisauan jika game itu mungkin membebankan pemain baru?

Yamamoto Akiyasu: Salah satu cabaran yang kami sedar sebagai penerbit adalah bagaimana kami ingin menonjolkan gameplay Unicorn OVerlord kepada peminat genre RPG taktikal. Saya dan ahli pasukan penerbit telah berpeluang untuk mencuba versi awal game dan dengan kami berseronok, kami sedar telah 10 jam digunakan untuk betul-betul memahaminya. Kami tahu game tidak boleh dilepaskan dengan keadaan itu, jadi kami berpaling pada syarikat playtest, Sarugakucho untuk bantuan. Fokus utama kami berpusatkan untuk mencari cara untuk memperkenal mekanik game tanpa mempunyai keluk pembelajaran yang terlalu curam, yang kami telah banyak membincangkannya. Sehingga pembangunan berakhir, kami komited untuk menangani isu ini sebanyak mungkin sebelum pelancaran, malah mengeluarkan satu set tutorial dalam talian yang boleh diakses di luar game.

Unicorn Overlord
Sumber: Atlus

Sambutan yang sangat positif dari Asia Tenggara telah melebihi jangkaan kami. Kami sangat gembira dan amat berbesar hati dengan sambutan terhadap game itu. Unicorn Overlord ialah permata yang dibentuk oleh semangat kami untuk RPG taktikal retro dan dibentuk oleh keinginan kami untuk mencipta tajuk untuk peminat yang telah mendambakan pengalaman klasik itu. Pengarah, Takafumi Noma, dan lead game designer, Wataru Nakanishi, mencurahkan jiwa dan raga mereka untuk menghasilkan RPG taktikal yang ideal, jadi jika anda berminat untuk melihat Unicorn Overlord selepas membaca artikel ini, sila cuba demonya!


Dengan soalan terakhir dijawab, itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Terima kasih banyak-banyak kepada Yamamoto Akiyasu kerana menjawa soalan-soalan kami. Unicorn Overlord tersedia di PS4, PS5, Xbox Series dan Nintendo Switch! Untuk dapatkan segala berita mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Unicorn OverlordYamamoto Akiyasu
ShareTweetSend
Previous Post

Xbox Game Pass April 2024 Bawa Tomb Raider, LEGO 2K Drive & Banyak Lagi!

Next Post

[Pandangan Pertama] Parasyte: The Grey — Mengekalkan Keseraman Sumber Asal

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Pandangan Pertama] Parasyte: The Grey — Mengekalkan Keseraman Sumber Asal

[Pandangan Pertama] Parasyte: The Grey -- Mengekalkan Keseraman Sumber Asal

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd