Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Warzone Mobile Bakal Lancar 21 Mac Ini! Ketahui Mode Multiplayer Yang Akan Tersedia!

Maira by Maira
March 15, 2024
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Call of Duty: Warzone Mobile Bakal Lancar 21 Mac Ini! Ketahui Mode Multiplayer Yang Akan Tersedia!

Sumber: Activision

Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung bulan Februari, kita telah didedahkan dengan tarikh pelancaran rasmi Call of Duty: Warzone Mobile. Kalau anda terlepas berita, game tersebut akan dilancarkan pada 21 Mac 2024! Pra-daftar sudah pun dibuka melalui Google Play dan App Store! Bukan setakat itu sahaja, trailer pelancaran juga sudah dilepaskan. Anda boleh tontonnya di bawah.

Memandangkan game ini akan dilancarkan tidak lama lagi, ada beberapa maklumat baru yang dikeluarkan! Jom kita lihat satu per satu maklumat tersebut.

Acara

Sumber: Activision

Acara akan berlaku pada setiap minggu. Melalui acara ini, anda boleh mendapatkan ganjaran seperti Blueprints, Camo dan Arsenal Coin.

Item, Operator & Equipment

Call of Duty Warzone Mobile
Sumber: Activision

Terdapat Gear UP Lobby yang anda boleh manfaatkan. Lobi ini berfungi untuk anda menyiapkan Operator anda untuk combat Battle Royale dan Multiplayer. Setiap aspek Operator seperti peralatan dan penampilan boleh diubah termasuklan semua item yang anda sudah buka.

Battle Royale & Multiplayer

Call of Duty Warzone Mobile

Terdapat pelbagai mode game yang anda boleh mainkan! Antara mode yang anda bakal alami pada 21 Mac nanti adalah:

  • Battle Royale: Bertahan lebih lama dengan sehingga 120 pemain sebenar dalam pertarungan ini. Tersedia di Verdansk.
  • Mobile Royale: Combat yang lebih pantas, loot yang lebih baik dan misi yang lebih banyak. Operator terakhir hidup akan menjadi pemenang. Tersedia di Verdansk.
  • Rebirth Resurgence: Dimainkan di Rebirth Island. Kekal hidup untuk memanggil semula ahli pasukan yang telah tumpas dan dapatkan mata untuk kembalikan mereka dengan lebih pantas.
  • Mosh Pit (Multiplayer): Memaparkan Team Deathmatch, Domination, Hardpoint dan Kill Confirmed di Scrapyard, El Asilo, Hotel, Shipment dan Shoot House.
  • Shoot the Ship (Multiplayer)
Call of Duty Warzone Mobile
Sumber: Activision

Kalau anda tidak mahu bermain dengan pemain lain, boleh panggil kawan-kawan anda untuk sertai Private Match yang boleh diakses menggunakan kod. Mode yang anda boleh mainkan apabila game dilancarkan nanti adalah Battle Royale Solos, Duos, Trios, dan Quads di Verdansk, dan Rebirth Resurgence Duos dan Quads di Rebirth Island. Yang menariknya, semua mode game dan playlist ini direka untuk dimainkan pada Call of Duty: Warzone Mobile sahaja.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Anda boleh dapatkan maklumat penuh melalui blog rasmi game. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Call of Duty daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call Of DutyCall of Duty: Warzone MobileCOD
ShareTweetSend
Previous Post

“Jujutsu Kaisen Experience” Bakal Debut di Malaysia pada April Ini!

Next Post

Gamer Santai Mencari Penulis Baharu! – Minat game? Sertai Kami Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Gamer Santai Mencari Penulis Baharu! – Minat game? Sertai Kami Sekarang!

Gamer Santai Mencari Penulis Baharu! – Minat game? Sertai Kami Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd