Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SILENT HILL: The Short Message Kini Tersedia Secara Percuma di PS5, SILENT HILL 2 Dedahkan Trailer Combat!

Maira by Maira
February 1, 2024
in Artikel, Berita, Game, PS5, Seram
0 0
0
SILENT HILL: The Short Message Kini Tersedia Secara Percuma di PS5, SILENT HILL 2 Dedahkan Trailer Combat!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah banyak khabar angin mengenainya, akhirnya Konami mendedahkan game baharu SILENT HILL: The Short Message, entri baharu yang kini tersedia secara percuma di PlayStation Store. Bersama-sama pengumuman tersebut, Bloober Team turut mendedahkan trailer baharu SILENT HILL 2 remake yang mendedahkan combat yang dipertingkatkan dan dimodenkan.

Berkenaan SILENT HILL: The Short Message, anda akan mengikuti kisah protagonis, Anita yang mencari rakannya di sebuah kompleks apartmen di pinggir bandar. Sambil dia meneroka persekitaran yang menyeramkan, dia telah bersemuka dengan kebenaran gelap tentang perkara yang dia ingin lupakan.

Sumber: Konami

Untuk pengetahuan anda, game baharu ini memberikan peluang untuk pemain baharu untuk mencuba francais seram ini. Bukan sahaja ianya percuma untuk dimainkan, ia juga merupakan entri yang pendek, memaparkan generasi baharu SILENT HILL dengan pelbagai kejutan.

Game ini berlaku pada masa kini, membawa tema fitnah dan buli di laman rangkaian sosial – tema kontemporari yang biasa dalam masyarakat moden. Ini adalah entri terbaru dalam siri ini setelah lebih sedekad.

Sumber: Konami

Kalau anda berhasrat untuk stream game ini, pastikan anda mengikuti panduan yang ditetapkan. Anda boleh lihat panduan tersebut melalui pautan ini.

Seterusnya kita cerita mengenai SILENT HILL 2 remake pula. Dalam trailer baharu yang didedahkan semasa State of Play, kita telah didedahkan dengan combat yang menanti pemain pada masa akan datang. Kita juga melihat bebarapa raksasa ikonik termasuklah Bubble Head Nurses, Mannequin dan banyak lagi! Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran rasmi yang didedahkan untuk SILENT HILL 2, jadi kita nantikan pengumuman baharu daripada Konami pada masa akan datang.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Silent Hill daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: silent hillSilent Hill 2Silent Hill The Short Message
ShareTweetSend
Previous Post

Death Stranding 2: On the Beach Dedah Trailer Baharu, Bakal Lancar Pada 2025!

Next Post

FOAMSTARS: Ketahui Kandungan Season One Dan Roadmap Sepanjang 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
FOAMSTARS: Ketahui Kandungan Season One Dan Roadmap Sepanjang 2024!

FOAMSTARS: Ketahui Kandungan Season One Dan Roadmap Sepanjang 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd