Sejak didedahkan secara mengejut semasa Jump Festa 2024, berita lanjut mengenai game fighting Hunter x Hunter telah pun didedahkan oleh Bushiroad Games pada hujung minggu yang lalu. Game tersebut akhirnya mempunyai nama rasmi iaitu “Hunter x Hunter: Nen x Impact” dan akan dibangunkan oleh Eighting, studio sama yang menghasilkan DNF Duel.
Teaser pendek turut dilepaskan bersama-sama pengumuman tersebut. Dalam teaser tersebut, kita didedahkan dengan beberapa watak yang boleh dimainkan nanti iaitu Gon, Killua, Kurapika, Leorio, Hisoka dan Netero. Ada kemungkinan besar game ini merupakan game fighting 3v3 memandangkan Killua mencadangkan mereka mengadakan pertarungan berkumpulan.

Buat masa ini, platform serta tarikh pelancaran rasmi Hunter x Hunter: Nen x Impact masih belum didedahkan. Nampaknya kita kenalah tunggu pengumuman lanjut mengenainya pada masa akan datang.
Tentang Hunter x Hunter
Togashi melancarkan manga Hunter X Hunter dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha pada tahun 1998. Manga itu kemudian diadaptasikan kepada dua siri anime televisyen, dua filem anime, beberapa OVA dan beberapa drama pentas. Berikut adalah sinopsis siri:

Hunter X Hunter mengisahkan tentang Gon Freecss, seorang budak lelaki yang belajar bahawa bapanya yang hilang rupanya adalah ahli organisasi yang dikenali sebagai Hunter Association. Organisasi ini mengambil individu berbakat dan menugaskan mereka untuk menyelesaikan pelbagai misi, termasuk memburu binatang mitologi, mencari harta karun, meneroka kawasan dunia yang belum dipetakan, dan menjejaki penjenayah yang dikehendaki.
Apabila Gon dapat tahu bahawa bapanya mungkin masih hidup, dia mendedikasikan dirinya untuk menjadi seorang Hunter dan menjejakinya.
Untuk segala liputan kami tentang Hunter x Hunter, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post