Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SPY x FAMILY Pop-up Store Bakal Buka di Malaysia pada Januari 2024!

Maira by Maira
January 2, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
SPY x FAMILY Pop-up Store Bakal Buka di Malaysia pada Januari 2024!

Sumber: MUSE Malaysia

Share on FacebookShare on Twitter

Tidak puas dengan pengembaraan bersama keluarga Forger dalam SPY x FAMILY? Nantikan pula pembukaan SPY x FAMILY Pop-up Store di Malaysia pada bulan ini! Diumumkan oleh MUSE Malaysia, kedai pop-up anime tersebut akan dibuka di LaLaport Bukit Bintang City Centre bermula 12 Januari sehingga 29 Februari 2024! Jadi buat peminat semua, jangan lupa untuk singgah di LaLaport nanti! Inilah masanya untuk bergambar dengan keluarga Forger ini!

#WAKUWAKU 🥜 Did you miss Anya and her family? Fret no more as「THE FORGERS」return in a big way!

🛍️ Don't miss the SPY × FAMILY Pop-up Store in Malaysia!

🔫 SPY × FAMILY Pop-up Store
📅 12 Jan 2024 – 29 Feb 2024
📍 LaLaport Bukit Bintang City Centre#SPY_FAMILY pic.twitter.com/7EFHptXt2R

— MUSE Malaysia & Brunei (@museacg_my) January 1, 2024

Kami juga pernah melawat kedai pop-up ini semasa di Singapura pada tahun lepas. Ada kemungkinan besar ia mempunyai tarikan yang sama seperti jualan merch rasmi, belon Anya gergasi, replika bilik tidur Anya dan sudah pasti adanya tempat untuk anda bergambar! Anda boleh lihat gambar lawatan tersebut di bawah.

Tentang Spy x Family

Bagi mereka yang tidak tahu, Spy × Family ialah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Siri ini mula diterbitkan melalui aplikasi dan laman web Shonen Jump+ pada Mac 2019. Anda juga boleh membacanya melalui Manga Plus. Populariti siri ini meningkat setelah siri anime ditayangkan pada April 2022 malah mendapat musim kedua dan juga sebuah filem pada 2023.

©Tatsuya Endo/Shueisha, SPY x FAMILY Project

Bercerita tentang filemnya, SPY×FAMILY CODE: White juga akan ditayangkan di Malaysia pada masa akan datang. Berita ini diacah oleh pengedar filem antarabangsa, Encore Films Malaysia. Jadi kita nantikan kemas kini akan datang daripada mereka.

Berikut adalah sinopsis filem tersebut:

Keluarga Forger menuju ke wilayah Frigis untuk lawatan keluarga selepas Loid mencadangkan kepada Anya bahawa dia membuat manisan melemele rantau itu, yang merupakan manisan kegemaran pengetua Eden Academy dalam pertandingan yang dianjurkan di akademi tersebut. Pemenang pertandingan tersebut akan diberi ganjaran berbentuk Stellar Star. Semasa Yor menangani perasaan tidak senang selepas melihat Loid bersama seorang wanita misteri sebelum perjalanan, Anyatelah menelan coklat yang ditemui dalam kotak yang mencurigakan. Rupa-rupanya coklat tersebut mengandungi rahsia yang menggemparkan dunia.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Spy x FamilySPY x FAMILY Pop-up StoreSPY x FAMILY Pop-up Store Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Infestation: Origins Diumumkan, Game Co-op Seram Diinspirasikan oleh Mickey Mouse Original! [UPDATE]

Next Post

Tayangan Khas Demon Slayer: To The Hashira Training Bakal Tayang di Malaysia pada 7 Mac!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tayangan Khas Demon Slayer: To The Hashira Training Bakal Tayang di Malaysia pada 7 Mac!

Tayangan Khas Demon Slayer: To The Hashira Training Bakal Tayang di Malaysia pada 7 Mac!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd