Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infestation: Origins Diumumkan, Game Co-op Seram Diinspirasikan oleh Mickey Mouse Original! [UPDATE]

Maira by Maira
January 2, 2024 - Updated on January 3, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, Seram, Steam
0 0
0
Infestation: Origins Diumumkan, Game Co-op Seram Diinspirasikan oleh Mickey Mouse Original! [UPDATE]

Sumber: Nightmare Forge

Share on FacebookShare on Twitter

[UPDATE]

Selepas menerima pelbagai tuduhan yang berkaitan dengan Nazi pada tajuk game tersebut, pembangun game, Nightmare Forge telah menukar tajuk game kepada Infestation: Origins.


[Petikan artikel asal dengan tajuk baharu game]

Tidak sampai sehari versi Mickey Mouse terawal “Steambot Willie” menjadi domain awam, satu game seram survival co-op bertajuk Infestation: Origins telah diumumkan! Dihasilkan oleh Nightmare Forge, akses awal game tersebut bakal dilepaskan melalui Steam pada tahun ini. Buat masa ini, tiada tarikh rasmi yang dijadualkan untuknya.

Menurut halaman Steam game, Infestation: Origins merupakan game yang memerlukan anda merawat serangan misteri yang berlaku di sebuah bandar pada tahun 1988. Anda boleh menghasilkan lobby awam dan persendirian untuk bermain malah ia juga dilengkapi dengan ciri voice chat. Ada tiga perkara yang anda perlu tumpukan dalam game ini iaitu mencari sumber serangan misteri itu, merawatnya dan paling penting sekali, kekal hidup.

Anda bersama-sama pasukan anda akan ke lokasi-lokasi unik dan membongkar kisah apabila serangan misteri itu berlaku. Dibekalkan dengan beberapa gajet, anda perlu mencari sumber serangan tersebut dengan segala cara yang ada. Jangan lupa untuk bersembunyi dan lari apabila sesuatu muncul.

Sumber: Steam

Buat masa ini, kita hanya didedahkan dengan rupa watak Mickey Mouse daripada Steamboat Willie yang menyeramkan dalam game tersebut. Sudah pasti akan ada lebih banyak entiti menyeramkan yang menanti pemain nanti.

Kalau anda ingin tahu, watak Mickey Mouse yang original yang dipaparkan dalam filem animasi pendek “Steamboat Willie” sudah pun menjadi domain awam bermula 1 Januari 2024 kerana tamatnya tempoh copyright. Walaupun begitu, versi Mickey Mouse yang lebih moden masih lagi kepunyaan Disney, jadi berhati-hati kalau anda ingin menggunakan reka bentuk watak ini.

Sumber: Disney

Untuk dapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Infestation 88mickey mouseSteamboat Willie
ShareTweetSend
Previous Post

Bandai Namco Berniat Nak Bina Gundam Sebenar Bersama 13 Rakan Kongsi

Next Post

SPY x FAMILY Pop-up Store Bakal Buka di Malaysia pada Januari 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
SPY x FAMILY Pop-up Store Bakal Buka di Malaysia pada Januari 2024!

SPY x FAMILY Pop-up Store Bakal Buka di Malaysia pada Januari 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd