Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Thursday Streamer: This Week- MasterRamen

Silver Shroud by Silver Shroud
May 17, 2018 - Updated on May 18, 2018
in Artikel, Berita, Temuramah
0 0
0
Thursday Streamer: This Week- MasterRamen
Share on FacebookShare on Twitter

Dua minggu yang lepas, aku dah featured kan dua orang streamer dan juga influencer yang cantik comel molek untuk korang. Tetapi, untuk kali ni, korang kenal tak orang kuat e-sukan dalam Malaysia ni? Nama dia adalah Firdaus Hashim, atau dikenal sebagai ‘ MasterRamen ‘. Dia lah merupakan tulang belakang bagi e-sukan dalam Malaysia. Merupakan pengasas kepada Komuniti E-Sukan di dalam negara kita ini.

Jadi, kali ini, Gamer Santai berkesempatan untuk menemurah beliau. Nak tahu apa yang kami borakkan, jom, baca di bawah:

Q: Dari bilakah MasterRamen libatkan diri dalam dunia gaming dan juga Industri E-Sukan?

A: Saya mula melibatkan diri dalam dunia gaming sejak dari kecil lagi. Tapi dulu main game ni suka-suka dan untuk mengisi masa lapang. Selepas Dota 2 dikeluarkan, saya mula menjinakkan diri dalam e-sukan ini. Bermula daripada forum lowyat.net dan hingga sekarang bersama syarikat Mineski Events Team (MET).

Q: Bagaimanakah Perkembangan E-Sukan di dalam Malaysia?

A: E-sukan di Malaysia telah berkembang dengan sangat pesat. 5 tahun dulu kita tidak akan sangka e-sukan akan ditayangkan secara langsung di kaca tv. Hadiah yang dipertandingkan dipandang rendah oleh golongan bukan gamers. Namun, sekarang dengan sokongan daripada Kerajaan dan juga pihak swasta e-sukan telah menjadi fenomena baru dikalangan anak muda. Banyak pertandingan berlangsung setiap minggu di dalam pelbagai genre e-sukan. Daripada yang kecil hingga yang besar. Daripada peringkat university hingga ke peringkat international.

Q: Ceritakan sedikit tentang perjalanan MasterRamen dalam cubaan untuk memartabatkan E-Sukan dalam Malaysia.

A: Pada mulanya saya aktif di dalam arena e-sukan di Asia Tenggara. Namun, bila saya lihat kembali di Malaysia tiada organisasi atau komuniti yang aktif dan focus dalam mengembangkan e-sukan tempatan. Sebab itulah saya menubuhkan komuniti e-sukan di Malaysia dan terus memberikan focus dalam acara-acara tempatan untuk membuka mata masyarakat mengenai e-sukan di Malaysia. Usaha ini membuahkan hasil apabila banyak acara-acara tempatan mula diadakan dan ini menarik minat pihak kerajaan dan wujudlah Selangor Cyber Games dan Malaysia Cyber Games. Selain itu, saya banyak memberikan khidmat nasihat kepada pelbagai organisasi dan individu yang berminat untuk mengembangkan e-sukan.

Q: Pandangan MasterRamen terhadap event organizer yang tidak membayar pekerja mahupun kepada para pemenang dan cara untuk mengatasi masalah ini?

A: Organisasi yang melaksanakan acara e-sukan dan tidak membayar selepas acara diadakan saya anggap adalah duri di dalam e-sukan. Mereka inilah yang merosakkan usaha pelbagai pihak dalam mengembangkan e-sukan di dalam Malaysia. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak muda yang begitu semangat di dalam e-sukan.  Kita kena ambil tindakan kepada meraka supaya perkara ini tidak berulang lagi.

Q: Pada pandangan MasterRamen, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh komuniti/brand untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap E-Sukan juga cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi?

A: E-sukan ini adalah berasakan kepada permainan video. Permainan video ini sentiasa dipandang negatif oleh masyarakat umum. Inilah cabaran yang paling besar didalam e-sukan. Komuniti /brand perlulah menunjukkan kebaikkan e-sukan dan perlu bersederhana didalam melakukan sesuatu promosi atau acara. Kita kena promosikan budaya sihat di dalam e-sukan supaya bidang ini tidak di pandang negatif lagi oleh masyarakat

Q: Apakah tugasan untuk streamer dan juga influencer dalam  menaikkan E-Sukan?

A: Fenomena streamer dan influencer ini semakin hebat ketika ini. Semakin ramai anak muda yang suka menonton para-para streamer ini bermain game. Tugasan utama bagi merka adalah untuk menunjukkan budaya sihat semasa bermain. Jangan merokok atau vape semasa bermain. Jangan mencarut dan menunjukkan budaya tidak sihat semasa live. Perkara ini penting bagi menaikkan e-sukan. Kita tidak mahu masyarakat melihat e-sukan ini adalah budaya tidak sihat dan merosakkan anak-anak mereka. Begitu juga dengan influencer. Jangan menunjukkan pakaian yang terlalu menjolokkan mata. Kita kena ingat dunia e-sukan ini ramai anak-anak muda yang masih mentah dan perlukan tunjuk ajar yang baik daripada idola-idola mereka.

Q: Secara purata, berapakah yang pendapatan bagi mereka yang melakukan shoutcaster dan juga pro player? Adakah cara untuk komuniti membantu untuk sustainability buat mereka?

A: Shoutcaster di dalam ini pendapatan mereka masih belum stabil secara keseluruhan. Mereka masih bergantung kepada organisasi dan acara. Ada acara adalah kerja dan gaji mereka pula tidak tetap dan berubah-ubah mengikut acara. Saya boleh katakan shoutcaster di Malaysia dibayar daripada RM 300 hingga RM 1000 sehari. Pemain pro ini agak pelik sedikit. Kalau mereka mencapai tahap international, gaji mereka lebih daripada RM 8000 sebulan tidak termasuk wang hadiah. Ada juga yang dapat gaji lebih RM 20000 sebulan. Namun, bagi pemain yang hanya di peringkat tempatan atau asia tenggara, gaji mereka di bawah RM 3000 dan ada juga yang tidak bergaji.

Q: Pengalaman manis dan juga pahit dalam perjalanan MasterRamen untuk menaikkan E-Sukan?

A: Pengalaman manis semestinya apabila saya dapat berjalan keluar Negara kerana e-sukan. Saya dapat melihat banyak Negara seperti Amerika, Perancis, Filipina dan lain-lain. Pengalaman pahit adalah Arrow Gaming apabila bekas-bekas didikan saya terlibat didalam scandal jual permainan yang menjadi bualan ramai pada ketika itu.

Q: Adakah menjadi sebahagian dalam professional Esport team boleh menjadi satu karier yang sustain ( coach, player, manager) ?

A: Pada ketika ini, masih belum begitu stabil melainkan anda bersama pasukan yang telah berjaya diperingkat antarabangsa. Di dalam Malaysia kita boleh kira dengan jari berapa pasukan sahaja yang mempunyai sokongan kewangan untuk menggaji pemain secara penuh. Namun, saya yakin di masa hadapan lagi lebih banyak peluang akan muncul dan karier sebagai pemain mahupun jurulatih akan menjadi stabil sebagai bidang kerjaya pilihan.

Q: Pesanan dan juga kata-kata MasterRamen untuk komuniti gamer di luar sana yang ingin menceburkan diri dalam bidang E-Sukan.

A: Jangan mudah putus asa. Teruskan usaha dan sentiasa membaiki diri. Jangan mudah lupa diri dan kurangkan budaya negative di dalam kerjaya

Aku sangat setuju lagi dengan apa yang dikatakan oleh MasterRamen tentang industri e-sukan dalam Malaysia kita ni. Masih membangun, tetapi belum lagi boleh sustain. tetapi, apa pun, terima kasih kepada MasterRamen, kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah oleh kami. Jadi, kepada anak muda semua, jom, sokong dan sertai apa sahaja program e-sukan dalam Malaysia ni, dan tunjukkan ianya boleh di jadikan sebagai satu karier pada masa hadapan!

Facebook Page: https://www.facebook.com/realmasterramen/

 

 

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: E-SukanFirdaus HashimMasterRamenTemuramah
Previous Post

GB Fenrir, Satu Satunya Pemain Malaysia Dalam PlayStation League Asia 2018

Next Post

Siri Devil May Cry Sedang Sale di Steam!!!!

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
Siri Devil May Cry Sedang Sale di Steam!!!!

Siri Devil May Cry Sedang Sale di Steam!!!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd