Semua orang mendapat muzik kegemaran mereka sendiri kan? Tetapi apa yang akan berlaku jika semua jenis muzik lain dilarang? Itulah yang terjadi di No Straight Roads, permainan video pertama dari studio tempatan anak Malaysia Metronomik.
Berlangsung di sebuah bandar di mana Electronic Dance Music (EDM) telah mengambil alih dan semua genre muzik lain telah diharamkan, game aksi No Straight Roads dibangunkan oleh sebuah pasukan Malaysia yang terlibat dalam penghasilan judul-judul game terkenal seperti Final Fantasy XV, Gravity Rush 2 dan Street Fighter V.
Selepas memenangi pelbagai anugerah di BitSummit, Unreal Open Day, dan Taipei Game Show, kami di Gamersantai kini ada peluang untuk menemuramah Wan Hazmer, Tuan Pengarah kepada No Straight Roads serta CEO di Metronomik Studio, agar beliau boleh berkongsi maklumat, pendapat, rahsia, dan kata-kata semangat kepada para game developer dan gamers di Malaysia. Ayuhh kita usya gais!
Bila tarikh rasmi pelancaran No Straight Roads?
Wan Hazmer (WH): Game ini akan keluar awal tahun 2020. Kami akan umumkan butirannya pada tarikh lain. Bukan sekarang.
Kenapa awak memilih untuk menggunakan pelakon suara Malaysia di dalam permainan video ini?
Wan Hazmer (WH): Saya sentiasa percaya salah satu cara untuk benar-benar menang dalam persaingan pasaran antarabangsa ialah BUDAYA. Jepun dan Amerika Syarikat memang gila-gila apabila bab grafik dan nilai produksi. Sudah tentu, kami ingin capai tahap itu, tetapi kami perlu faham bahawa BUDAYA adalah senjata sebenar kami. Dengan memasukkan budaya kami di dalam permainan video dan jadikan ia relevan untuk pasaran global akan jadi strategi kemenangan kami.
Bagaimana awak menguruskan masa dan jadual kerja kerana banyak syarikat permainan video kerja sehingga overtime tetapi awak kerja sehingga pukul 7 malam?
Wan Hazmer (WH): Kami akan cuba yang terbaik untuk mengurangkan overtime tetapi ternyata kami sedang diuji pada saat ini. Di Malaysia, sangat “OKAY” untuk bekerja lebih masa. Orang kata kamu harus kerja lebih masa. Memang tiada pilihan. Bagi saya pula, bekerja lebih masa ini adalah kerana game tersebut “overscope”, jadi tugas saya sebagai seorang pengarah adalah untuk memeriksa game ini setiap dua minggu. Kami akan masuk bilik mesyuarat dan berbincang untuk menambah atau menolak apa-apa ciri baru. Selain itu, saya dengar bahawa daripada survey bahawa Malaysia daripada segi pengurusan masa kerja sangat teruk dan berada di tangga terbawah. Jadi saya ingin sangat-sangat untuk mengubah fakta ini.
Adakah No Straight Road akan berpindah ke Nintendo Switch?
Wan Hazmer (WH): Terima kasih untuk soalan itu. Di mana saya pergi, orang sentiasa tanya saya untuk versi Switch. Kami akan pertimbangkannya tetapi buat masa ini hanya untuk PS4 dan PC.
Berapa banyak soundtrack ada di dalam game ini?
Wan Hazmer (WH): Untuk beritahu kami skala game ini, untuk setiap Boss Battle, kami ada tiga track bagi setiap seorang. Kami menugaskan Falk sebagai Pengarah Muzik dan James Landino untuk bahagian EDM, Funk Fiction untuk Funk, dan Andy Tunstall untuk Rock. Kami ada ramai komposer lagi yang masih belum diumumkan tetapi saya tidak boleh dedahkan berapa banyak kerana terlalu banyak.
Memandangkan awak sentiasa menyertai persidangan media, apakah maklum balas paling pelik pernah awak terima daripada pemain?
Wan Hazmer (WH): Kami banyak menerima respon positif untuk art style game ini. Salah satu respon yang saya rasa pelik ialah baru-baru ini di ChinaJoy di mana mereka kata game saya tidak sesuai untuk pasaran China dan harus lebih anime. Walaupun kami menghargai maklum balas itu, kami ingin menunjukkan keunikan kami, identiti kami. Satu lagi maklum balas menarik ialah lelaki tersebut jangkakan sebuah rhythm game dan bar atau not akan jatuh untuk pemain tekan. Saya masih hargai maklum balas itu, tetapi saya ingin No Straight Roads untuk menjadi OPEN agar pemain action pun akan bermain game ini. Kami ada mode sukar yang tidak ada di dalam DEMO dan pemain harus “parry” serangan daripada musuh berdasarkan ritma. Itu mungkin akan memuaskan hati pemain jenis aksi.
Berapa lama untuk habiskan gameplay pemainan video ini?
Wan Hazmer (WH): Ia bergantung bagaimana orang bermain game ini. Kami tidak mempunyai sistem “new game+” tetapi selepas menewaskan Boss, pemain boleh mengulang semula pertarungan antara Boss itu pada kesukaran yang lebih tinggi, atau hanya ingin mendengar dan menikmati muzik sahaja. Kami ada pelbagai mode untuk itu. Jika pemain terus sahaj bermain, game ini mengambil masa lebih kurang 5 jam tetapi selepas penambahan ciri “replayability”, game ini boleh bertahan sehingga 10 jam. Ini bukan RPG di mana harus tamat seluruh game untuk bermain di tahap kesukaran yang lebih tinggi, tetapi kami lebih menyerupai Sonic di mana selepas menyelesaikan sebuah “stage”, pemain boleh mengulang “stage” itu lagi pada kesukaran yang lebih tinggi.
Ada apa-apa untuk kata kepada para gamer Malaysia?
Wan Hazmer (WH): Ini bukan hanya untuk gamer, tetapi kepada semua Malaysian. Saya sentiasa percaya kita ada banyak bakat, dan banyak perkara menarik yang berlaku sekarang ini di Malaysia. Kita tidak boleh berkembang tanpa bantuan kamu semua. Daripada berkata seperti “Uncharted” tetapi sebenarnya “Hang Tuah”, lagi bagus jika kamu boleh faham budaya kita dengan baik dan lihat setiap segi budaya kami. Budaya mamak pun tetap budaya kami juga. Mari kita lihat bagaimana untuk “gamify” -nya, bagaimana untuk meraikannya di dalam industri game. Saya menggalakkan setiap seorang untuk menyertai sambutan ini dan jangan lupa pada 9 hingga 10 November ada acara bernama LEVEL UP serta berlangsung pada KLCC. Jangan terlepas! Pelbagai content tempatan kamu dapat lihat termasuk kami serta satu pengumuman besar tempatan tentang game kami di sana. Sila hadir!
No Straight Road bakal keluar pada awal tahun 2020 di PlayStation 4 dan PC. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Metronomik!
@gamersantaimy
Discussion about this post