Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dari Lagos, Nigeria; Basil Okpara Jr. telah berjaya menghasilkan lebih 30 game untuk peranti mudah alih. Basil telah menggunakan sebuah aplikasi Scratch 2 untuk kesemua game ciptaannya.
Scratch 2 adalah sebuah aplikasi percuma dan membolehkan penggunanya mencipta game, animasi dan cerita; atas talian ataupun offline. Terkini, Basil telah mencipta sebuah game dimana terdapat seekor kelawar yang telah diberi arahan untuk menyembunyikan diri. Pemain game ini akan mendapat markah setiap kali kelawar ini berjaya ditangkap oleh pemain.
Pada Mac lalu, bapa Basil telah menghantarnya ke kem 5 hari untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun dan di kem inilah Basil telah mempelajari bagaimana untuk membina games. Sebuah kem anjuran Codefest International, kem seperti ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak seperti Basil kepada teknologi berbangkit seperti robotics dan realiti maya.
Menurut bapanya, Basil Okpara Sr., Basil membesar dengan banyak memainkan game. Ketika usianya 4 tahun, Basil dihadiahkan sebuah tablet kerana sentiasa mengambil telefon bimbit untuk memainkan game. Dan permainan kegemarannya adalah Candy Crush dan Temple Run.
Pada usia 7 tahun, minatnya membina game bercambah selepas dia dihukum oleh bapanya kerana terlalu banyak bermain game. Bapanya memarahi Basil sambil mengatakan ‘kenapa tidak bina game sendiri supaya orang lain juga boleh memainkannya?’. Selepas Basil menunjukkan minat yang mendalam, dia telah diberikan sebuah laptop dan didaftarkan untuk mempelajari tentang pembikinan game.
Ketika ini, game-game ciptaan Basil masih lagi dalam bentuk kasar dan hanya boleh di akses oleh komputer yang memiliki Scratch 2. Tetapi, sebuah game berjudul Frog Attach ciptaannya akan berada di Play Store pada Ogos ini.
Afrika memiliki populasi remaja terbesar di dunia dan mereka ini mengetuai inovasi di benua ini. Selain Basil, terdapat 2 orang kanak-kanak 12 tahun dari Nigeria berjaya meng-kod robot yang membuat kerja rumah mereka.
Pada Mei lepas pula, sebuah pasukan yang dinamakan pasukan Acrobot telah memenangi pertandingan 2019 Robofest dengan meng-kod robot untuk menyusun kotak. Pasukan ini dianggotai oleh kanak-kanak perempuan dari sebuah sekolah dari Ghana.
Dengan pelaburan yang semakin meningkat daripadaGoogle dan Microsoft di benua Afrika, generasi Basil dan rakan-rakannya mungkin sedang dalam perjalanan untuk menjadi bintang pemprograman komputer.
Sumber: CNN
@gamersantaimy
Discussion about this post