Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LEVEL UP KL 2019: KKMM Umumkan Strategi Meningkatkan Hab Serantau Kandungan Digital untuk Malaysia

Turut MDEC mengucapkan tahniah kepada pengeluar permainan di Malaysia dan pengumuman acara Level Up 2019 November ini

Nyny.A by Nyny.A
August 9, 2019
in Acara, Artikel, Berita
0 0
0
LEVEL UP KL 2019: KKMM Umumkan Strategi Meningkatkan Hab Serantau Kandungan Digital untuk Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini telah berlansungnya persidangan media Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk acara mereka yang akan datang iaitu Level UP KL 2019. Di persidangan ini, Puan Surina Shukri CEO MDEC memulakan ucapan serta beberapa pekara yang dikongsikan beliau terutama untuk pembangunan industri permainan dan animasi di Malaysia.

Beliau mengucapkan sekalungan besar tahniah terutama buat Metronomik dan juga Magnus Game Studios untuk kejayaan mereka bagi permainan terbaru mereka iaitu No Straight Roads (Metronomik) dan RE: Legends (Magnus). Kejayaan Metronomik dan Magnus adalah sesuatu yang patut dicontohi , dan memberi peluang untuk mendapat lebih potensi kolaborasi bersama luar negara.

Juga tidak ketinggalan, MDEC turut menjemput YB Gobind Singh Deo, Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk beberapa pengumuman penting yang kini berkerjasama bersama MDEC untuk menubuhkan sebuah polisi baru Ekosistem Kandungan Digital “Digital Content Ecosystem” (DICE) bagi mengukuhkan kandungan digital tempatan.

Beliau berkata polisi DICE yang diterajui oleh MDEC bertujuan mempercepatkan industri kreatif kandungan digital sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Dasar ini memberi tumpuan untuk menarik pelaburan, membina bakat anak tempatan dan syarikat bagi memperkuatkan perkongsian sektor kerajaan dan swasta. Ia juga bertujuan untuk memajukan penyelidikan, penciptaan IP, pengkomersialan, penjenamaan dan pemasaran keupayaan untuk meningkatkan potensi eksportnya.

Surina Shukri, CEO MDEC turut menyatakan bahawa Malaysia memerlukan pelan pembangunan menyeluruh untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang pasaran di hadapan.

Strategi DICE:

Strategi DICE adalah selaras dengan dasar kebangsaan lain yang dimulakan oleh Malaysia seperti NFCP dan penggunaan 5G.

Objektif DICE:

  • Menarik permainan dan studio animasi untuk menjembatan dan mempercepatkan perkembangan sektor permainan dan animasi;
  • Meningkatkan keupayaan industri tempatan.
  • Akses yang difasilitasi kepada teknologi, infrastruktur dan platform pengedaran pasaran bertaraf dunia
  • Membangunkan sistem pembiayaan yang mampan;
  • Leverage eSports sebagai pemangkin kepada pertumbuhan kandungan digital

Selain itu, turut ada beberapa pekara diketengahkan mengenai masa depan industri serta skil untuk eSports. MDEC telah menandatangan MOU bersama Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM Malaysia) bagi bekerjasama ke arah pembangunan, promosi dan pecutan ekosistem eSports Malaysia.

MDEC turut berasa teruja untuk menganjurkan LEVEL UP KL 2019  dimana ianya akan menjadi tahun yang kelima dan masih lagi kuat. Jadi bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut untuk LEVEL UP KL 2019 boleh tekan disini.

Tags: ESMKKMMlevel up kllevel up kl 2019MDEC
Previous Post

Masa untuk menggila sudah tiba di Ragnarok Online: Fight Night 2!

Next Post

Kanak-Kanak 9 Tahun Bina Lebih 30 Game Mobile

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Kanak-Kanak 9 Tahun Bina Lebih 30 Game Mobile

Kanak-Kanak 9 Tahun Bina Lebih 30 Game Mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd