Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy: Relink – Gameplay, Naratif & Watak Utama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 17, 2023
in Action, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Granblue Fantasy: Relink –  Gameplay, Naratif & Watak Utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah berkongsi maklumat baru tentang gameplay umum, naratif dan watak-watak utama untuk Granblue Fantasy: Relink, yang akan dikeluarkan di seluruh dunia pada 1 Februari 2024 pada PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Steam.

Gameplay

Kredit: SEGA Asia

Granblue Fantasy: Relink ialah RPG aksi di mana anda boleh bertarung bersama tiga teman lain dan bertemu dengan pelbagai watak.

Setiap watak mempunyai mekanik pertempuran sendiri yang menghasilkan gaya aksi unik — hujani musuh dengan serangan pantas, menggunakan senjata api dan sihir untuk menyerang dari jarak yang selamat, atau bertahan untuk peluang melakukan damage besar dengan serangan yang tepat! Nikmati pengalaman pertempuran unik berdasarkan watak yang anda pilih!

Kredit: SEGA Asia

Kombo, Skybound Art, dan serangan bersama yang hebat – semuanya boleh dilaksanakan dengan kawalan mudah. Anda juga boleh memilih untuk mengautomasikan beberapa tindakan atau menetapkan hampir semua aksi selain pergerakan menjadi automatik, jadi pendatang baru kepada genre boleh bermain dengan mudah.

Sebagai tambahan kepada pengalaman cerita utama single-player, terdapat juga lebih 100 quest dengan pelbagai raksasa yang sukar dan pelbagai jenis quest , semuanya boleh dimainkan dengan sehingga tiga pemain lain secara online.

Kredit: SEGA Asia

Gunakan item dan point yang dikumpul daripada quest untuk menaik taraf watak dan peralatan dan pilih kombinasi skill yang paling sesuai dengan gaya permainan anda. Anda juga boleh bekerjasama dengan pemain lain untuk membentuk parti bagi menentang musuh yang lebih menakutkan.

Naratif

Kredit: SEGA Asia

Kisah ini berlaku di dunia pulau terapung yang dikenali sebagai Sky Realm. Protagonis memulakan perjalanan bersama rakan naganya, Vyrn, ke pulau legenda Estalucia. Dia jumpa ramai kawan baru sepanjang perjalanan, termasuk Lyria, seorang gadis yang memiliki kuasa misteri.

Kredit: SEGA Asia

Kisah ini bermula dengan protagonis dan sekutunya tiba di Zegagrande Skydom, salah satu kawasan di Sky Realm yang luas. Mereka meneruskan pengembaraan menarik yang tidak terkira banyaknya, menghadapi primal beast yang menjaga pulau, serta Church of Avia, sebuah organisasi rahsia yang beroperasi di langit. Apabila kumpulan itu terlibat dalam perang dan konspirasi yang melibatkan keseluruhan langit, mereka mesti bersemuka dengan takdir besar ini.

Watak-Watak Utama

Main Character – Rupa anda dalam dunia Granblue Fantasy. Hanya pilih nama dan bersedia untuk memulakannya perjalanan baru yang menarik.

Main Character – Gran

Kredit: SEGA Asia

Main Character – Djeeta

Kredit: SEGA Asia

Lyria

Kredit: SEGA Asia

Seorang gadis muda, diselubungi misteri, yang memegang kuasa untuk mengawal primal beast. Erste Empire inginkan keupayaan ini dan secara rahsia mengurungnya sehingga askar yang ditugaskan untuk melindunginya, Katalina, membantunya melarikan diri. Erste Empire mengejar mereka ke hutan Zinkenstill, di mana anda menemui pasangan itu.

Anda cuba melindungi Lyria tetapi tercedera parah. Merasakan nyawa anda hampir hilang, Lyria menghubungkan kekuatan rohaninya dengan kita, lalu mengikat dua takdir selamanya.

Vyrn

Kredit: SEGA Asia

Sahabat terbaik awak, naga kecil ini sentiasa setia bersama awak tidak kira situasi, dan dia tidak akan membiarkan perkara seperti maut menghentikan perjalanannya.


Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Tags: granblue fantasyGranblue Fantasy: Relink
ShareTweetSend
Previous Post

Unicorn Overlord – Hero Yang Bakal Temui & Ciri-Ciri Eksplorasi Dalam Game

Next Post

Genre Fantasi Dilupakan, Peminat Anime Hasilkan Istilah Baru “Native Isekai”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update 1.4 Tersedia Sekarang, Memperkenalkan Dua Operator 6★
Berita

Arknights: Endfield – Update 1.4 Tersedia Sekarang, Memperkenalkan Dua Operator 6★

July 16, 2026
Final Fantasy Resonance – Dunia HD-2D, Watak & Turn-Based Gameplay
Berita

Final Fantasy Resonance – Dunia HD-2D, Watak & Turn-Based Gameplay

July 16, 2026
The Duskbloods Akan Mulakan Closed Network Test Pada Ogos 2026
Beta

The Duskbloods Akan Mulakan Closed Network Test Pada Ogos 2026

July 16, 2026
Next Post
Genre Fantasi Dilupakan, Peminat Anime Hasilkan Istilah Baru “Native Isekai”

Genre Fantasi Dilupakan, Peminat Anime Hasilkan Istilah Baru "Native Isekai"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd