Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Deck OLED Diumumkan, Harga Sekitar RM2,600+

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 10, 2023
in Artikel, Berita, Steam Deck, Teknologi
0 0
0
Steam Deck OLED Diumumkan, Harga Sekitar RM2,600+
Share on FacebookShare on Twitter

Pengumuman yang agak mengejutkan sekali tetapi hari ini, Valve telah mendedahkan Steam Deck OLED; versi terbaru kepada konsol Steam Deck, dengan paparan OLED.

Akan dilancarkan pada 16 November di negara spesifik (bukan di Malaysia) Steam Deck OLED boleh didapati dalam varian 512 GB dan 1 TB pada nilai $549.99 (sekitar RM2,596.78) dan $649.99 (sekitar 3,068.93) masing-masing. Steam Deck OLED juga akan tersedia dalam varian edisi terhad 1TB yang dijual pada harga $679.99 (sekitar RM3,210.57).

Kredit: Valve

Berikut adalah senarai penambahbaikan Steam Deck OLED:

  • Warna Paparan Cerah, Hitam Gelap – Paparan HDR OLED baru direka untuk gaming, dengan kontras, kejelasan dan gambar yang lebih besar. Refresh rate dikemas kini kepada 90Hz (daripada 60Hz). Kecerahan puncak ditingkatkan kepada 1000 nits. Touchscreen polling rate dikemas kini kepada 180Hz. Oleh itu, tahap responsif dan fideliti kepada skrin sentuh bertambah baik.
  • Lebih Banyak Masa untuk Main – Steam Deck OLED mempunyai 30% – 50% lebih banyak jangka hayat bateri. Kapasiti bateri dipertingkatkan daripada 40Wj kepada 50Wj. Isi bateri yang dipertingkatkan membolehkan pengecasan lebih pantas, daripada 20% kepada 80% dalam masa 45 minit. Panjang kabel ditukar daripada 1.5m hingga 2.5m.
  • Lebih Efisien – OLED menambahkan AMD APU (6 nm) baru yang lebih cekap. Memori dikemas kini kepada 6400 MT/s, untuk meningkatkan latency dan pengurusan kuasa.
  • Muat Turun Pantas – Varian OLED disertakan dengan Wi-Fi 6E, untuk menawarkan jalur lebar yang lebih tinggi dan latency lebih rendah. Ini bermakna muat turun lebih pantas (sehingga tiga kali lebih pantas) dan online gaming yang stabil. Menambahkan sokongan untuk Bluetooth 5.3, menyokong codec baharu seperti aptX HD dan aptX low-latency. Valve juga menambah antena Bluetooth khusus, untuk meningkatkan sambungan bagi pelbagai controller.
  • Ringan dan Sejuk – Berkat kipas lebih besar dan termal baru, varian OLED berjalan dengan lebih sejuk. Ia mempunyai berat 30g, atau kira-kira 5% lebih ringan daripada model LCD, disebabkan oleh skrin.
Kredit: Valve

Berikut ialah spesifikasi bagi setiap varian:

512GB OLED

  • 512GB NVMe SSD
  • 1280 x 800 HDR OLED display
  • 7.4″ Diagonal display size
  • 6 nm APU
  • Wi-Fi 6E
  • 50Whr battery; 3-12 hours of gameplay (content-dependent)
  • 45W Power supply with 2.5m cable
  • Carrying case
  • Steam profile bundle

1TB OLED

  • 1TB NVMe SSD
  • 1280 x 800 HDR OLED display with premium anti-glare etched glass
  • 7.4″ Diagonal display size
  • 6 nm APU
  • Wi-Fi 6E
  • 50Whr battery; 3-12 hours of gameplay (content-dependent)
  • 45W Power supply with 2.5m cable
  • Carrying case with removable liner
  • Steam profile bundle
  • Exclusive startup movie
  • Exclusive virtual keyboard theme
Kredit: Valve

Untuk maklumat lanjut, korang boleh melihat laman web rasmi Steam Deck OLED di SINI!

Tags: Steam DeckSteam Deck OLED
ShareTweetSend
Previous Post

Spider-Man: Across The Spider-Verse Bakal Hadir ke Netflix pada 6 Disember Ini!

Next Post

Naraka: Bladepoint memperkenalkan Hadi Ismail, Hero Baru Dari Timur Tengah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Naraka: Bladepoint memperkenalkan Hadi Ismail, Hero Baru Dari Timur Tengah!

Naraka: Bladepoint memperkenalkan Hadi Ismail, Hero Baru Dari Timur Tengah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd